My Beautiful Followers

Saturday, February 26, 2011

Menjelang 4Mac2011 - Kesihatan Tidak Menentu

Lama dah tak citer2 kat blog ni....Badan rasa tak sihat, selalu pening2 dan sakit kepala, tak tau la kenapa...Memang umur pun dan meningkat macam2 penyakit la yang nak singgah walaupun kita tidak mengundangnya, sudah lumrah alam dan hanya Allah swt yang Maha Mengetahui segalanya....

Isnin yang lalu 21 February 2011, semasa di pejabat aku macam terkejut kerana secara tiba2 darah seperti haid keluar macam paip pecah, 2 kali tukar pad pun masih tidak berubah, terus aku ambil keputusan pulang kerumah........rehat je la sepanjang malam tu...Aku risau sebab sudah lama tidak datang haid, dah menopos kata orang....

Esoknya aku tanpa lengah pergi ke DEMC jumpa gynie, Dr Fairuz...Beliau tidak menemui apa2 di rahimku semasa pemeriksaan dilakukan.  Doktor kata keadaan sebegitu sememangnya biasa terjadi tetapi dalam masa tidak dtg haid selama 6 bulan selepas tu datang balik tetapi yang menjadi masalahnya aku sudah setahun tidak datang haid, tiba2 datang balik.  Lalu Dr Fairuz menyarankan aku buat pap smear pada minggu depan iaitu pada hari Jumaat, 4 Mac 2011, oops jatuh pada hari jadi ku...huhuhu........

4 Mac ini meningkat lagi umurku.....Ya Allah....panjangkanlah umurku supaya aku dapat terus membimbing anak2ku ke jalan mu Ya Allah, ku pohon juga kepada Mu Ya Allah, jauhkanlah aku daripada penyakit2 yang merbahaya yang tidak dapat diubati, aku redha dengan kesakitan yang Engkau berikan sekadar untuk menguji imanku terhadapkMu Ya Allah!  Semoga kehidupanku dan keluargaku sentiasa dilimpahi rezeki yang halal dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat....Amin Ya Rabbal A'lamin....

Friday, February 4, 2011

Gong Xi Fatt Chai - 3 & 4 February 2011

Bercuti panjang kita ye minggu ini....Kalo yang bekerja di KL tu 1February adalah cuti umum Hari Wilayah. Amik 1 hari je cuti tahunan dapat seminggu cuti, seronok ye......


Aku plan je nak p sana nak p sini, tapi habuk pun tadak, sudahnya dok kat rumah je...Melayan suami dan anak-anak yang semuanya memang ada di rumah.

Kepada kaum Cina yang menyambut Tahun Baru diucapkan Gong Xi Fatt Chai dan kepada kaum2 lain yang mana balik kampung sempena cuti panjang ini semoga dilindungi Allah swt dan berhati-hati semasa memandu, kalau penat rehat dulu. Ingatlah orang tersayang.

Raya Cina tahun ni tahun arnah, so kepada anda semua yang merayakan tahun arnab janganlah terlompat2 macam arnab pulak ye, biarlah tahun ni menjadikan kita semua berhati suci bersih dan berkulit gebuz macam arnab yang putih bersih....hehehe