My Beautiful Followers

Friday, September 30, 2011

Buka Puasa Dengan Kawan2 - 24Ogos2011

Titien balik seminggu sebelum raya, janji nak buka puasa dengan kawan2 di sini, macamana pun jugak aku harus pergi.  Mula-mula tu macam tak boleh pergi tapi pada pagi hari yang dijanjikan Titien sekali lagi call tanya boleh datang ke tidak..Suami tidak begitu mengizinkan sebab aku pun bukannya sihat betul pun, nak kena naik Komuter dan tukar train kat KL Sentral, malam pulak tuh...

Tetapi oleh kerana aku begitu kuat untuk jumpa kawan2 sementelah nak buka puasa dengan Titien yang balik bercuti ke Malaysia.  Akhirnya suamiku mengizinkan aku untuk berbuka puasa bersama kawan2, maka pada petang hari Rabu 24 Ogos aku menumpang budak praktikal di pejabat ku, yang juga akan berbuka puasa reunion di University Kuala Lumpur tempat dia belajar dulu.  Tempat tu pun tak jauh dari KLCC.

Sampai jam 7 petang ke KLCC.  Terus ke Chakkri Palace tempat perjanjian jumpaan.  Aku rasa kepanatan yang amat sangat ketika itu, terus masuk ke Restoran menunggu yang lain2 tiba.

With Dicno - banyak tu dalam pingganku...habis tau!

Aku memang makan yang amat banyak masa buka puasa tu, memang berselera sungguh. 

Selepas makan2 dan bersembahyang magrib dan Isyak, kami terus dibawa Titien ke biliknya di Mandarin Oriental Hotel.

Borak-borak sampai jauh malam...Aku harus pulang ke Shah Alam malam tu jugak walaupun terasa tidak mau pulang malam tu.  

 Bermanja dengan Titien....

 Sambung borak-borak kat bilik sambil makan kueh raya...

Tak habis sembang hingga lewat malam...posing dan posing

Jam telah menunjukkan hampir jam 10.30 malam.  Zah tolong hantar ke KL Sentral.  Nasib aku memang baik sebab sesampai je ke KL Sentral aku diberitahu komuter terakhir akan bertolak kira2 jam 11.15 malam, kalau tidak aku bermalam kat stesen keretapi la jawabnya...hehehehe

Friday, September 9, 2011

Satu Hari Di Hari Raya dan Salam Merdeka - 30-31 August 2011

Salam Aidil Fitri dan Salam Merdeka semua. Aidil Fitri tahun ini jatuh pada 30 Ogos 2011 dan raya kedua 31 Ogos disambut bersama dengan Hari Merdeka yang Ke54.

Pada mulanya plan nak sambut raya pertama di Kota Bharu sebab anak kami yang no 2 Fariz ada job di KB.  Plannya lagi selepas beraya di KB petang raya tu kami terus ke Kulim dan tinggalkan Fariz dengan kerjanya tu sampai habis.  Tetapi di saat2 akhir berpuasa, plan dah kena tukar sebab Fariz nak juga pergi Kulim.  So kami balik Kulim pada hari Ahad, 28 Ogos jam 12 tghari, dan la berbuka puasa di Kulim ptg itu...

Malamnya kami buat kueh raya....

Keesokan harinya pun buat kueh lagi untuk kami bawak pulang nanti.

Petang Isnin pergi airport Bayan Lepas amik Emy dan Efy.  Lepas tu kami berbuka puasa hari terakhir tu di Line Clear nasi kandaq.  Tak la clear mana pun...

Hari yang dinanti telah tiba, hari pertama raya kami ke Alor Setar sampai malam.

Ani mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki


 Our Family


Family Wan Muzaffa

Raya kedua Raya Open House di Kulim.  Pada sebelah petangnya kami berangkat ke Kota Bharu melalui Grik.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!