My Beautiful Followers

Tuesday, September 23, 2014

LABBAIKALLAHUMMALABBAIKK..

Di saat aku menulis ini kami suami isteri masih lagi menunggu tarikh sebenar akan berangkat untuk menunaikan haji ke tanah suci Mekah Al-Mukarammah dan seterusnya menjalani ibadat haji iaitu wukuf di Arafah, melontar, tawaf dan semua yg berkaitan dgn ibadah haji.  Mengikut kata travel agen haji kami, kemungkinan tarikh kami berangkat adalah pada 29 September dan dijangka pulang ke tanah air pada 29 Oktober 2014.

Aku berdoa kepadaMu Ya Allah.....permudahkanlah perjalanan kami dan permudahkanlah ibadah haji kami dan permudahkanlah ziarah haji kami di Madinah.  Engkau lindungilah anak2 kami dan cucu kami semasa kami tiada di Malaysia. Sesungguhnya aku mohon hanya kepadaMu, selawat dan salam ke atas junjungan kami nabi Muhammad s.aw...semoga kami mendapat haji mabrur.

Amin Ya Rabbil Aa' lAmin!

Tuesday, September 2, 2014

Cuti-Cuti Malaysia di Bukit Fraser - 30Aug hingga 1Sept 2014

Percutian di Bukit Fraser.  Bunyi yang gah sangat sebab dah lama tak makan angin di tempat sejuk.

Memandangkan hari merdeka pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, maka kami sekeluarga bersepakat mau jalan2 ke Bukit Fraser.  Sudah lama tidak ke sini, seingat aku lah last kami ke sini adalah semasa arwah ibu mertua ku masih ada lagi, waktu itu anak no 3 masih kecil.  Sudah lebih kurang 24 tahun yang lalu...lama tu...

Kami booking Homestay Apartment Silver Park di Bukit Fraser.  Melihat daripada gambar homestay tersebut rasa tak sabar nak menginap, tapi alangkah frust nya kami kerana homestay yang kami inap itu tidak seindah gambaran sebagaimana kami lihat di blog. Ada 2 bilik dan 2 bilik air tapi satu bilik air je yang boleh pakai, yang satu lagi tu ada bath tub bagai tapi tak boleh pakai langsung.  Di ruang tamu pula bila malam satu lampu je yang menyala...alangkan geramnya. Pemiliknya pulak bodoh sombong, malas nak describe bagaimana orangnya, seorang guru yang berperangai sebegini tak tau lah bagaimana cara dia mengajar murid-muridnya......

Sepatutnya setiap kali tetamu nak masuk beliau harus memastikan keadaan homestay tu dlm keadaan elok, lampu ada, bilik air berfungsi dan semuanya dalam keadaan baik sebab yang datang nak bercuti tu bukannya duduk sebelah rumah je dgn homestay tu.......lepas tu boleh pulak nak menyombong dengan tetamu ni, biadap pulak tu.....

Nama Homestay tu adalah Fraser Hill Holiday Apartment and Homestay, pemiliknya bernama Azizah Abd Aziz yang tinggal dan mengajar di Ipoh. Kepada sesiapa yang teringin nak makan angin di bukit fraser jangan lah duduk kat homestay ni.

Sekian untuk kali ini...tata titi tutu...