My Beautiful Followers

Thursday, October 19, 2017

Riang Ria Aidil Fitri 2017

Eh eh dah lama tak masuk blog dan tulis cerita ceriti, ni saja nak update gambar2 raya je ni masuk ni pun...hehe...









Tak sah kalo raya tanpa anak cucu balik sambil bermaafan dan makan2...







Salam kemaafan dari kami sekeluarga....

Friday, August 5, 2016

Beraya di Kampung Mana?

Alhamdulillah....selesai kewajipan berpuasa selama sebulan, kini tibalah masa yang dinanti oleh seluruh umat Islam meraikan kemenangan dari godaan syaitan, semoga kita semua diRahmati Allah swt dan semoga kita ditemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun2 yang akan datang, Insyaa Allah... Aamiin Ya Robbal A'laamiin...

Aidil Fitri dirayakan pada hari Rabu 6 Julai 2016 Masihi bersamaan 1 Syawal 1437 Hijrah.  Tidak banyak perubahan di hari raya kali ini kerana aku merayakannya di rumah kami di Shah Alam.  Di pagi raya setelah bersembahyang raya, menjamah hidangan dan menunggu sanak saudara yang datang dan menunggu anak menantu yang balik dari Johor Bahru dan anak menantu serta cucu dari Shah Alam.

Pagi raya pertama kami ber4 je......

Pada hari raya kedua 7 Julai 2016, setelah semua anak2 dan menantu beserta cucu2 berkumpul, kami memulakan langkah perjalanan kami berhariraya di rumah emak saudara di Kuala Kubu Baru. Sebelum ke KKB abang ipar sekeluarga tiba ke rumah kami dari Johor Bahru untuk berhari raya, Setelah mereka pulang kami sekeluarga memulakan langkah perjalanan kami ke KKB.  Berhari raya dengan hidangan yang sememangnya sedap, laksa kelantan, laksa penang, rendang limpa dan paru dan macam2 lagi lah masakan yang memang sedap hingga menjilat jari. 













Pulang dari KKB kami singgah di Kampung Melayu Subang rumah kakak ipar, menjamu selera pulak dengan soto yang sangat sedap.  Agak malam jugak kami pulang ke rumah dengan kekenyangan. Terima kasih Allah kerana memberikan kami kaum keluarga yang amat menyayangi kami.  Semoga silatulrahim kami berkekalan hingga ke Jannah.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin!




Friday, January 15, 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Assalamualaikum 2016!

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua! Semoga di tahun baru ini akan menjadikan kita seorang yang lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya.  Juga diharapkan tahun ini akan membuktikan diri kita lebih berwawasan dan seterusnya mencapai cita-cita kita yang belum tercapai, InsyaAllah!

Semoga kita semua di seluruh dunia akan diberkati dan dilindungi Allah swt dari segala musibah dan ancaman anasir jahat.

Aamiin Ya Robbal Alaamiin!






Tuesday, December 29, 2015

Wedding of the Year 2015 - Aween dan Baha

Tanggal 21 November 2015 majlis pernikahan anakanda ke3 saya, Wan Azureen telah berlangsung dengan agak meriah dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai dari kedua belah pihak.  

Jam 12.15 tengahari dengan sekali lafaz maka sahlah Wan Azureen menjadi isteri kepada Khairul Fadly.  Sebak dan gembira bercampur baur.  Itulah hati seorang ibu yang akan berpisah dengan anak perempuan yang telah menjadi seorang isteri yang akan dibawa tinggal berjauhan daripada keluarga kerana sang suaminya berasal daripada Johor Bahru.  








Semoga pernikahan anakanda berdua sentiasa diberkati dan akan dikurniakan kebahagian dengan kehadiran zuriat lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah kelak.


Pada keesokan harinya 22 November 2015, majlis persandingan pula diadakan bagi meraikan kedua mempelai.  Majlis diadakan di Dewan Orchid, Level 4, Bangunan Wisma PKPS, Seksyen 14 Shah Alam.






Inilah bingkisan kasih doa restu untuk anak dan menantu kami:

Anakku Wan Azureen yang disayangi……
Ketika ini sukarnya untuk kami ayah dan ibu menggambarkan rasa dan juga sukarnya untuk menuturkan bicara betapa bahagianya kami melihat Azureen disamping suami tercinta, Khairul Fadly. Terasa Azureen masih kecil, berpelukan manja dalam dakapan kasih ayah dan ibu…..

Tapi hari ini, anak ayah dan ibu dah dewasa, dah pun bergelar seorang isteri……
Sudah menggalas amanah dari kedua ibu bapa Fadly yang mengharapkan Azureen membahagiakan putera kesayangan mereka……

Khairul Fadly, menantu kami yang dikasihi……
Anak kami, Wan Azureen sebenarnya seorang yang sangat lembut jiwanya, anak bertuah, anak syurga, anak yang sangat baik. Justeru tambatlah hati Aween dengan kelembutanmu Nak….Pautlah hatinya dengan kasih sayangmu, kerana Fadly kini Raja di hati Azureen……

Sesungguhnya ayah dan ibu bahagia dengan kehadiran Fadly…Selamat datang ke dalam keluarga kami… Semoga Fadly menjadi seorang suami yang soleh buat anak kami Azureen yang kami kasihi…..

Azureen……
Kecil2 dulu ayah dan ibu dukung Azureen, kami mandikan Azureen, kami manjakan Azureen, kami siapkan Azureen bersama2 dan hantar ke sekolah, kami juga rawat bila Azureen kurang sihat……..
Tapi hari ni dan juga semalam kami siapkan Azureen sebagai pengantin baru….
Hati kami sangat tersentuh…….
Ayah dan ibu pegang erat tangan Azureen agar Azureen tenang di hari bahagia Azureen……..
Bergetar hati kami bila akad nikah dilafazkan…….
Subhanallah anak ayah dan ibu sudah menjadi seorang isteri…
Semoga Azureen menjadi seorang isteri yang pengasih dan penyayang dan dapat membahagiakan Fadly ke jalan2 syurga…
Semoga Azureen hormat dan menyayangi ibu bapa mertua seperti Azureen hormat dan menyayangi ibu bapa sendiri…
Ya Allah bahagiakanlah rumahtangga putera dan puteri kesayangan kami dalam naungan kasih sayang Mu…
Ya Allah penuh redha dari kami sebagai ayah dan ibu…..
Ya Allah kurniakanlah kpd Azureen dan Fadly zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyeri hidup, bahagiakanlah mereka hingga menuju ke syurga idaman Jannatul Firdaus….

Demikianlah warkah kasih penuh sayang buat Wan Azureen dan Khairul Fadly
We love you, we love you very much…..
Semoga bahagia untuk selama2nya….






Wednesday, August 5, 2015

Aidil Fitri di Perantauan lagi - 17 Julai 2015

Seperti tahun lepas pada tahun ini kami beraya di Shah Alam, sementelah merayakan di rumah yang baru siap renovation seadanya.  Selesa la sikit jika ramai tetamu yang datang beraya.

Kemeriahan raya tahun ini adalah kerana dah bertambahnya permata kami iaitu cucu kedua kami, Muhammad Umar.

Pada hari raya kedua anak dan menantu serta cucu2ku terbang ke Tawau untuk berjumpa sanak saudara sebelah mertuanya.








Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga blogges, Maaf Zahir dan Batin!

Monday, October 20, 2014

Lahirnya Sebuah Cinta Baru ku - 18 October 2014

Tanggal 18 October 2014 hari Sabtu, tepat jam 12.43 petang, lahirlah seorang lagi cinta hati nenda, iaitu adik kepada Muhammad Ammar, bayi lelaki seberat 3.59kg.  Setelah hampir 5 jam bertarung menahan kesakitan, akhirnya dengan kuasa Allah swt dan dengan bantuan daripada Dr Siti, anak ku berjaya melahirkan secara forcep kerana kemungkinan baby terlalu besar.

Gembiranya hati tidak terkira, menerima cinta baru ini namun kasih sayang untuk cucu sulung ku Muhammad Ammar tidak berbelah bagi, kerana kedua2nya tetap menjadi buah hati nenda dan toknda.







Semoga Ummi dan Abah Ammar sentiasa murah rezeki.  Semoga Ammar dan adik sihat walafiat.

Aamiin Ya Robbal A'lamin

Tuesday, September 23, 2014

LABBAIKALLAHUMMALABBAIKK..

Di saat aku menulis ini kami suami isteri masih lagi menunggu tarikh sebenar akan berangkat untuk menunaikan haji ke tanah suci Mekah Al-Mukarammah dan seterusnya menjalani ibadat haji iaitu wukuf di Arafah, melontar, tawaf dan semua yg berkaitan dgn ibadah haji.  Mengikut kata travel agen haji kami, kemungkinan tarikh kami berangkat adalah pada 29 September dan dijangka pulang ke tanah air pada 29 Oktober 2014.

Aku berdoa kepadaMu Ya Allah.....permudahkanlah perjalanan kami dan permudahkanlah ibadah haji kami dan permudahkanlah ziarah haji kami di Madinah.  Engkau lindungilah anak2 kami dan cucu kami semasa kami tiada di Malaysia. Sesungguhnya aku mohon hanya kepadaMu, selawat dan salam ke atas junjungan kami nabi Muhammad s.aw...semoga kami mendapat haji mabrur.

Amin Ya Rabbil Aa' lAmin!