My Beautiful Followers

Monday, July 30, 2012

Ramadhan Al-Mubarak

Lama dah tak berblog, dah tiba Ramadhan rupanya, selamat berpuasa. Sebenarnya aku ni baru pulang dari mengerjakan umrah dari tempoh 17 - 28 Julai 2012.  Seronok tidak terkata dapat mengerjakan umrah di bulan yang mulia bulan Ramadhan Al-Mubarak.  Bak kata Ustaz Zainuddin mutawwif kami, seseorang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan mendapat pahala mengerjakan haji bersama Nabi Muhammad s.a.w dan sudah boleh dipanggil Hajjah. InsyaAllah semoga kami mendapat umrah mabrur.......Amin!

Kiranya raya tahun ni aku akan sambut dulu daripada orang lain sebabnya di Mekah mula berpuasa pada hari Jumaat 20 Julai, manakala rakyat Malaysia yang lain berpuasa pada hari Sabtu 21 Julai.  Lagi seronok ni...

Semasa di Madinah aku telah menjejak kasih dengan junior masa di ITM JO, Rosnani Mokhtar, Nani panggilan di JO.  Kami berpisah setelah aku grad tahun 1982.  Di alam pekerjaan masing-masing tidak pernah berjumpa.  Maka setelah hampir 30 tahun kami jumpa di fb maka bermulalah episod menjejak kasih ini, sementelah Nani tinggal di Yanbu, Saudi Arabia, mengikuti suaminya yang bertugas di sana, maka kami berjanji akan berjumpa semasa aku mengerjakan umrah nanti. Maka itulah kami jumpa di hotel penginapan ku dan seterusnya kami bersembahyang sama di masjid Nabawi dan setelah itu belanja aku makan di restoran apa ntah, lupa pulak...tapi teh o ice di restoran itu mmg sedap sangat2.......



Memang penat tidak terkata tapi seronok dapat menjejak kaki ke Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawarrah dan Masjid Al-Haram di kota Mekah Al-Mukarammah.  Mudah-mudahan Allah buka pintu hatiku dan suami untuk mengerjakan Haji pulak, InsyaAllah.....