My Beautiful Followers

Sunday, December 26, 2010

Majlis Bertandang/Sambut Menantu - 25Dec2010

Hari ini tibalah masa kami menghantar pengantin ke rumah mertua dalam majlis yang diadakan pada hari Sabtu 25 Disember 2010. Majlis Sambut Menantu atau disebut juga Majlis Bertandang selamat berlangsung di Dewan Jublee Perak, Bangunan Sultan Abd Aziz Shah Alam.


Selepas daripada ini mereka akan mula menjalani hidup berdua di alam rumahtangga pula, semoga aman bahagia selamanya....Jangan lupakan kami sudah...


Kami sebagai ibubapa akan selalu mendoakan semoga mereka berdua dapat melakukannya dengan penuh tanggungjawab dan sabar dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadang2 dipenuhi onak duri dan pancaroba di tengah pelayaran.  Waaah.....bermadah gitu...

Aween, Ayah, Ibu, Izzat dan Fariz

Rombongan KWK 

Memandangkan majlis sambut menantu ini diadakan seminggu selepas majlis resepsi, maka keluarga dari Kelantan tidak dapat mengikuti rombongan menghantar ini. Rombongan kami terdiri daripada ibu bapa saudara dan sepupu kepada pengantin seramai 38 orang yang tinggal di sekitar Lembah Kelang sahaja.  Itupun tidak keluarga yang dapat ikut serta kerana pada saat akhir masing2 ada komitmen lain.  Terima kasih kepada rombongan cik kiah...

Bersama Besan, Puan Khadijah

Kepada anakanda Muhammad Ihsan selamat datang ke dalam keluarga kami dan kepada anakanda Wan Syafinaz selamat menjadi menantu yang taat kepada kedua ibu bapa mertua dan suami dengan penuh keredhaan......Kami doakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat!



Monday, December 20, 2010

Selamat Pengantin Baru - 19Dec2010

Ahad - 19 December 2010 hari persandingan anakku bertempat di Kelab Shah Alam, Section 13 Shah Alam bermula dari jam 12 tengahari hingga 4 petang.

Alhamdulillah majlis yang agak sederhana berjalan seperti yang dirancang dengan pertolongan dan bantuan daripada adik beradik drpd Kedah dan Kelantan dan yang juga menetap di Shah Alam dan Kuala Lumpur.  Tak lupa juga yang banyak membantu adalah Nash yang sememangnya kami anggap macam adik beradik kami juga....

Pengantin Baru

Family Photo

Pengantin's Sista and Cousins


Kawan Aween

Di samping majlis kahwin yg julung2 kali diadakan, kawan2 ku juga merasakan majlis ini seperti reunion untuk kami geng2 HICOM, mana tidaknya kebanyakan yang datang masing2 sudah tidak berjumpa bertahun lamanya.  Ex-Bos ku juga datang bersama isteri dan anaknya yang sekian lama tidak siapa pun tahu yang dia sebenarnya sudah beristeri tapi aku memang tahu, sendiri tahu sudahlah.....

HICOM's Reunion


Semoga anakanda berdua bahagia dalam melayari hidup berumahtangga! 

Jangan Pisahkan by Papa Nash dan Aween


Majlis ini juga mengumpulkan adik beradik suamiku jauh dan dekat, sungguh terharu rasanya bila sesekali mereka dapat berkumpul sesama mereka yang sebelum ini agak susah untuk mereka semua ada sekaligus.

The Brothers (The KWK) - sesekali bertemu

Kepada semua hadirin kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi datang dan meraikan pengantin.  Di akhiri dengan serangkap pantun:

Tiada kata secantik bahasa
Tiada gambar seindah lukisan
Jutaan terima kasih dari kami sekeluarga
Budi yang baik sentiasa di ingatan

Majlis Akad Nikah Anak ku - 17Dec2010

17 December 2010, akhirnya tiba juga harinya, hari untuk akad nikah anakku Wan Syafinaz bertempat di Yayasan Restu Shah Alam. 

Rombongan kami terdiri drpd semua ibu/bapa saudara pengantin, sepupu dan kawan2 terdekat pengantin sahaja. 

Rombongan keluarga pengantin perempuan

Dari pagi hari lagi semua kaum keluarga berkumpul di rumah kami untuk persediaan yakni gubahan hantaran digubah oleh Ina (Cousin pengantin), cantik semuanya. Makanan tengahari pula disediakan oleh Zaini dan Zai (Uncle and Aunty pengantin), memang marvelous!

Hantaran drpd pihak perempuan

Kami bertolak ke Yayasan Restu lebih kurang jam 3.00 petang untuk upacara akad nikah yang dijangka pada jam 3.30 petang.

Pembawa dulang 


Kaum Keluarga Pengantin sebelah Bapa

Ada juga rakan kenalan yang tidak dapat hadir pada hari Reception datang pada hari akad nikah, itulah dia Shamsul Ghau2 dan isterinya Rina dan anaknya Megat Umar.

Shamsul Ghau2 dan Rina datang meraikan

Upacara akad nikah berjalan tanpa sebarang masalah dan selesai kira2 jam 4.30 petang.

Cincin disarungkan sebagai tanda pembatalan air sembahyang


Selesai sudah ijab dan kabul, Alhamdulillah....

Majlis akad nikah tamat kira2 jam 5.00 petang dengan acara menjamu selera dan foto session di luar bangunan Yayasan Restu Shah Alam


Friday, December 3, 2010

Model Tudung Fareeda Minggu Ke6 - Kosmo 3 Disember 2010

Dan pemenangnya adalah......

Dalam paper Kosmo bertarikh 3 December 2010 tertera nama2 pemenang bagi kategori umur yang berbeza, dan aku adalah pemenang bagi kategori umur 40 tahun ke atas.....

Keratan papernya aku paste dr facebook...hehehe.............Dah tua2 baru nk jd model.....alahai saja suka2, untung2 dpt hadiah tudung ok gak, takyah beli tudung setahun...


Sunday, November 28, 2010

Farina Bertunang dan Kak Ann Sambut Menantu - 28Nov2010

Hari ini ada dua jemputan - anak Nash tunang dan sambut menantu anak Kak Ann...

Jam 12 tengahari kami sekeluarga ke rumah Nash meraikan pertunangan anak sulung beliau, Farina Nasha (Een) yang juga merupakan anak angkat kami, tapi gambarnya kurang bermutu diambil menggunakan blackberry, tunggu gambar yang diambil oleh jurugambar la jawabnya.....



Inilah jejaka tampan yg berjaya mencuri hati Een

Kira-kira jam 3 petang bertolak pula ke Putrajaya untuk meraikan kenduri sambut menantu anak Kak Ann sambil jumpa kawan2 lama, seperti biasalah kami bukannya nak pergi makan sangat pun.......dan kalau dah jumpa tu macam2 cerita keluar, riuh rendah kami bergelak ketawa.....

Me and Wan Nafiza - ni baru jumpa after vss in 2006

Ecah, Zarina, Me and Fathillah

Kak Ani, Zue, Raziff, Me, Ecah, Raja Sharina and Fadilah

Shariman dan Ayu - Bagai Pinang DiBelah2....

Selamat Pengantin Baru untuk Shariman dan Ayu, semoga bahagia hingga akhir hayat....Amin!

Aween's Birthday - 20 November 2010

21 November 2010 kami meeting among adik beradik nak bincang program hari nikah dan kenduri Inaz.  Kebetulan pada 20 November birthday Aween, kami tak celebrate la, cuma wish je, sebab nak buat surprise birthday kat dia...

Pakat dengan sepupunya Ina buat birthday cake menggunakan gambar dia masa baby dan masa itu dia dipanggil Baby....Inilah hasilnya:

 Birthday Cake by Ina Razuan

 Happy 20th Birthday Aween!

Uncle Daddy and Mummy turut kagum

Sayang mau potong cake ye, tengok je la...

Apa-apa pun ibu doakan semoga Aween berjaya mencapai cita-cita dan menjadi anak yang mendengar kata dan menurut perintah ibu bapa dan juga menjadi anak yang berguna kepada ugama, bangsa dan negara....Amin!

Tuesday, September 14, 2010

Salam AidilFitri dari Kulim Hitech

10 September 2010 - Salam lebaran untuk semua. Kami berlebaran di Kulim Hitech Golf dan Country Resort, ZaPapa's new home. Mereka baru saja berpindah kira2 2 minggu yang lalu dan mahu kami semua meriahkan rumah yang belum siap itu dengan berhariraya bersama mereka dan keluarga mereka setelah sekian lama tidak menyambut raya di negeri kelahiran suami ku itu.....

Kami bermaaf-maafan seisi keluarga, berposing dan menjamu selera....

Mintak ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki ye bang!

Familia di pagi raya

Menjamu Selera seadanya....

Hari Pertama kami visit sanak saudara di Aloq Staq

Rumah pertama yang kena serang....

2nd day raya bro-in-law's open house meriah dengan kunjungan adik beradik dan kawan2 jauh dan dekat sampai ke malam.  Raya get-together Open House with a theme black and white memang happening..

Polka Dot.....

Ratu Shah Alam dan Ratu Kulim - posing di tepi kolam yang belum siap

Raya ketiga visit my hubby's second cousin in Penang. Walaupun jalan yang agak jem kami redah juga. Memang berbaloi sebab Doris masak memang huish.....memang fingers' lickin good, sedap, kami makan dan sembang sampai jam 12.00 pagi.

BBQ Dinner at Shan and Doris Villa


Esoknya kami pulang ke Shah Alam dengan seribu kenangan hari raya 2010!


Monday, August 9, 2010

Berjumpa Dan Terjumpa - 7 August 2010

Hari Sabtu, 7 August 2010 janji nak jumpa Netiti. Dia menginap di hotel Traders dekat KLCC.  Pagi tu aku sediakan nasi lemak untuk suami dan anak2 dahulu.  Mr Suami ada perasmian apa tak taulah kat UiTM Puncak Alam maka ku mintak tolong anak bongsuku hantar ke stesen komuter di Shah Alam.

Kira2 jam 9.30 pagi naik komuter dari Shah Alam ke Stesen KL Sentral, sampai kira2 jam 10.15 pagi. Dalam lift menuju ke tingkat 1, aku senyum kepada seorang wanita yang juga membalas senyumanku...Sesungguhnya pada masa itu aku tidak ingat wajahnya adalah wajah yang selalu ku lihat di laman FB, junior masa kat ITM JO, hehehehe..... Maaf ye Ogy, tapi sememangnya aku  ni jenis orang yang sentiasa senyum, bak kata Faizal AF4 senyum sokmo..........tidak rugi kalau senyum pun....

Keluar dari lift, Ogy terus mendapatkan aku dan bertanya, "Ini Kak Ani ke?" Aku pandang muka dia betul2 hahahah....barulah cam...Nasib baik ada FB sebab dia cam aku pun melalui FB...Maka kami pun bergambarla seadanya.......

Stesen KL Sentral

Dalam Tren Putra LRT

Nasib baik jugakla jumpa Ogy kat situ, aku sememangnya tidak tahu untuk turun di mana tetapi Ogy yang bagi panduan sebab aku yang turun dulu.......

Kira2 jam 10.50 pagi sampai lah kat KLCC, naik Buggy kat depan KLCC, aku dihantar ke Hotel Traders. Maka bertemula aku dengan Netiti seadanya, berpelukan dengan erat sekali tanda sudah lama tidak berjumpa. Perasaan bercampur baur, suka, gembira, sedih, sebak semuanya lah........Titien belanja makan kat coffee house, makanannya memang mabeles.....Walaupun dalam keadaan mengantuk dan tak begitu sihat Netiti masih boleh melayan celotehku yang tak habis2 bercerita  kisah masa dulu2...terima kasih Netiti!  

Mengingati Netiti yang ku kenal masa kat hostel di ITM JO dulu, dia seorang yang pendiam, selalu jumpa pun masa kat bilik air time nak mandi atau basuh baju. Kami pernah buat praktikal sama2 dalam pejabat di JO. Kami pun bukan satu kelas tetapi duduk berjiran kat Blok B tetapi sememangnya aku menyukai dia....baik orangnya........

Selepas grad masing2 berkahwin dan lost contact, rupa2nya dia mengikuti suami ke merata negara dan sekarang bermastautin di Doha.  Melalui FB kami tahu cerita masing2. 11 August Netiti akan berangkat meninggalkan Malaysia setelah hampir sebulan bercuti di Malaysia.  Inilah kenangan paling indah yang dapat ku rakamkan bersama Netiti setelah hampir 28 tahun tidak bersua muka dan berkongsi cerita.

Kami bersurai kira2 jam 1.30 petang dengan harapan akan berjumpa lagi di lain tahun, Insyaallah!

Netiti call Dicno ajak dia join kita orang tp Dicno ada hal...

Sambil tunggu menu posing dulu la...

Me and Wantan mee - mabeles....

Wantan Mee yang sedap....

Sesungguhnya pertemuan yang hanya dirancang hanya pada satu tengah malam menjadi kenyataan yang sangat indah......Semoga Netiti selalu mendapat keberkatan dan kebahagiaan di negara orang dan Selamat Berpuasa Netiti!

Thursday, July 8, 2010

Appendectomy - 5July2010

Hari Ahad 4 Julai 2010, perut rasa macam tak sedap dan sakit2 di bahagian ari2, tapi masih bertahan lagi, pergi ke midvalley menemani Inaz survey baju pengantin, kad kahwin dan sebagainya la...Lepas tu hantar Izzat ke UiTM Shah Alam. Malamnya sambil layan Mentor 4 perut semakin sakit, sekejap2 masuk bilik air tetapi tidak pulak keluar apa yang harus keluar tu....Nak tidur pun macam susah tapi layan jugakla sampai pagi.........

Esoknya 5 Julai 2010 pergi kerja seperti biasa, perut masih sakit malah lebih sakit daripada semalam.  Kata my niece itu angin, maka dia bagi vicks sapu kat perut tapi masih sakit jugak, asyik berulang ke bilik air dan perut di bahagian ari2 tu sakit sangat2...........Lunch makan nasi dan minum air teh halia nak bagi kurangkan angin kononnya tapi masih tidak berkurangan sakitnya.......teramat sakit!

Petangnya lebih kurang jam 4.45 ptg balik rumah terkedek2 sambil menahan sakit perut.  Kebetulan kandaku sudah ada dirumah, terus mengadu sakit perut.  Terus dia ajak pergi DEMC untuk check-up. Jumpa doktor, terus dia kata hrmmm, ini appendec. Terlopong mulutku sebab tidak terpikir langsung ke penyakit tu..... Doktor sarankan kena buat operation hari tu jugak, tunggu doktor pakar confirmkan, kiranya merasmikan hospital yg baru pindah la ni.....

Malamnya doktor pakar iaitu Dr Lokman datang dan buat pemeriksaan dan memang confirm itu adalah appendec. Jam 9.30 malam aku di bawa masuk ke OT Room. Lebih kurang jam 12.30 pagi pembedahan tamat, lama tu..... Rupa2nya semasa doktor melakukan laparoscopy, ada ternampak semacam perdarahan di dalam rahimku. Sementara proses membuang appendec, seorang lagi doktor pakar iaitu Dr Fairuz dipanggil untuk melakukan sesuatu ke atas pendarahan yang berlaku. Kemungkinan2 yang ada adalah pregnant diluar rahim ataupun virus, maka doktor telah membuat keputusan untuk membuat overhaul secara keseluruhannya (DnC la tuh)...

Dua hari di DEMC, memang merimaskan tetapi apa nak buat dah sakit......Rabu 7 Julai 2010 jam 5 petang saya dibenarkan pulang ke rumah.....doktor bagi 2 minggu MC.

Monday, June 21, 2010

Happy Fathers Day - 20June2010

Selamat Hari Bapa ditujukan khas kepada bapa kepada anak-anak ku - Wan Kamil.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menjadi bapa kepada anak-anak kita - Wan Syafinaz, Wan Ahmad Fariz, Wan Azureen dan Wan Ahmad Izzat yang lahir berselang 2 tahun antara satu sama lain....... Sesungguhnya kami merasa amat bertuah dan sangat bahagia mengharungi suka duka, susah senang dan gembira ria hidup bersama.  Tiada kata-kata yang dapat kami luahkan untuk mu wahai Suami dan Ayah..............


Cake Cutting by Hubby and his brother, Zaini

Yummy!

Nasi Tomato Zai dan Zaini, memang marvelous!

Menjamu Selera.....................

Tidak lupa juga ucapan Selamat Hari Bapa ditujukan kepada semua bapa-bapa dan bakal bapa walau di mana saja mereka berada semoga khidmat kaum bapa akan sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang selamanya..........