My Beautiful Followers

Thursday, May 13, 2010

Pertunangan Anakku dan Hari Ibu - 9May2010

Hari ni anak sulungku akan bertunang, sudah besar rupanya dia.......hrmmmmm....bermakna aku juga sudah tua la ye...tidak mengapa, umur hanyalah suatu angka.. Yang penting aku amat bersyukur ke hadhrat Ilahi kerana telah memberikan kesihatan yang baik untukku terus melakukan ibadat kepadaNya!

Maka pada hari ini, Ahad, 9 May 2010 berlangsunglah pertunangan di antara Wan Syafinaz dan Muhammad Ihsan dengan penuh gilang gemilang dan harmoni walaupun sebelumnya segala macam kekeliruan timbul di antara kami semua, almaklumlah pertama kali akan menerima orang baru dalam keluarga masing-masing. Tetapi Alhamdulillah, segala kekeliruan tersebut dapat di atasi dengan bijaksana dengan adanya sokongan daripada semua ahli keluarga. 

 Syukur Alhamdulillah, majlis berjalan seperti yang dirancang.

Perbincangan di antara kedua belah pihak berlangsung

Nash sebagai Wakil Tuan Rumah menyambut salam perbincangan

Cincin disarungkan ke jari manis oleh bakal ibu mertua, Puan Khatijah

The Cousins

The brothers

The Familia

The Friends

The Sisters

Inaz and Ihsan

Kebetulan pula hari ini 9 May adalah sambutan Hari Ibu.  So kepada ibu2 di mana saja mereka berada Selamat Hari Ibu!  Semoga ibu2 akan lebih tabah dan ceria menghadapi hari2 yg mendatang......

Roses drpd bakal menantu - Happy Mothers' Day

Doa Seorang Ayah

Perbincangan selesai kira-kira jam 5 petang.  Kesimpulan daripadanya kedua-dua pihak telah bersepakat dan bersetuju untuk mengadakan majlis kenduri di sebelah perempuan pada 17 Disember untuk akad nikah dan 19 Disember 2010 untuk majlis reception.  Bagi pihak lelaki pula akan mengadakan majlis menyambut menantu pada 26 Disember 2010, Insyaallah!

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sanak saudara yang datang membantu dan meraikan majlis.  Marilah kita semua sama-sama berdoa semoga perancangan ini akan menjadi kenyataan dan diberkati oleh Allah swt...Amin!