My Beautiful Followers

Sunday, March 20, 2011

Pencarian Model Tudung Fareeda 2011 - 19 & 20March2011

Setelah hampir 12 bulan berlalu, pencarian model tudung fareeda sampai ke kemuncaknya - 19 Mac peringkat semi final untuk pemilihan peringkat akhir yang akan berlaku pada hari ini 20 Mac 2011 bertempat di Plaza Masalam, Shah Alam.

Bersama Duta Fareeda, Cik Mawar

Aku dlm kategori 40 ke atas...tetapi sudah tewas semasa untuk ke final. Mungkin yang dicari mereka yang berumur dekat2 dgn 40-an je, dan bukannya 50-an seperti aku, hehehee...tetapi ada rasa terkilan sikit la bab pemilihan ni sebabnya salah seorang daripada juri tu adalah suami Fareeda sendiri dan ada peserta kategori aku tu adalah kawan sekerja dengan suami fareeda yg jadi juri tu, siap cerita kat aku hanya mempunyai sehelai tudung fareeda je pun untuk amik gambar dan hantar sebagai pemenang mingguan, dan tidak pula memakai tudung fareeda semasa bekerja sehari-hari. Masa semi final tu dia beli tudung untuk pakai hari tu,  dan masa final tu dia pakai tudung yang dia menang sebagai pemenang mingguan. Mungkin kebetulan la kut, tapi nampak sangatlah ketidakadilannya di situ, lagi pula dlm facebook pun undian untuk dia tidaklah seberapa.  Allah maha Mengetahui segalanya.......

Aku bukan saja2 berperasangka begitu...........Semasa pendaftaran aku bersalaman dengan Puan Fareeda dan semasa memperkenalkan diri, ternyata Puan Fareeda macam terkejut bila melihat aku lantas komennya, Ooooo inilah Cik Wan ye, sekarang saya dah tak tahu nak buat pilihan.  Hrmmmmmm....Maknanya mereka dah ada pilihan sebelum kami naik pentas lagi...............

Ternyatalah cerita peserta kawan ku itu ada kebenarannya....Adalah lebih baik kalau dia tidak bercerita akan hal itu, lagi aku tidak fikir yang macam2.....

Tetapi tidak mengapa, aku masuk pertandingan tu pun secara suka-suka saje, tetapi adalah amat rugi tidak memilih aku sebab kalau lah aku dpt masuk final akan lebih ramai yang agak berumur memilih tudung fareeda untuk di pakai, kerana masa final tu ramai makcik2 yang datang menonton....itu hanya pendapat aku yang kalah ni la...hehehehehehe tapi logik jugak la kan...

 
Semi final with Sophia Othman, pemenang pilihan fb paling fofular...congrats Phia!

Setinggi-tinggi tahniah kepada pemenang iaitu Cik Suhaili Mohamad dan Dr Normazila aka Dr Shila.......

Semi final with Dr Shila

 Juara kategori 40 ke atas, Dr Shila

Juara kategori 40 ke bawah bertudung kuning - Suhaili Mohamad

Friday, March 4, 2011

4Mac2011

Hari ini harijadiku.....yang ke 25 (terbalikkanlah)...........hehehehehehe, jangan marah haa....

Terima kasih Ya Allah swt yang memberikan aku kesempurnaan hidup hingga ke hari ini.  Ku mohon kepadaMu untuk memberikan keredhaanMu kepadaku menjalani hidup yang penuh berliku ini dengan keamanan dan kebahagiaan selamanya....

Surprised Birthday Cake - Yummy!

Ya Allah Yang Maha Segalanya....Kau berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik untukku beribadat dengan sempurna kepadaMu. Kau panjangkanlah umurku untuk ku membimbing keluargaku ke jalanMu Ya Allah....

Ku syukuri nikmat hidup ini dengan penuh keredhaanMu Ya Allah....Amin Ya Rabbal 'Alamin!!!