My Beautiful Followers

Wednesday, February 13, 2013

Aku dah jadi Nenda - 9 Februari 2013

9 Februari 2013 tepat jam 12.54 tengahari dengan rasminya ku sudah menjadi nenek yang paling gumbira sekali dalam dunia ini...

Kronologi - Hari Jumaat, 8 Februari 2013 anak ku Wan Syafinaz (Inaz) ada appointment dgn Dato' Dr Siti Zaleha, gynie masa aku beranak 3 adik Inaz.  Oleh kerana due date 9 februari maka Dr Siti bagi options samada nak induce atau tunggu seminggu utk masuk wad.  Oleh kerana takut akan ketidakperasanan si ibu, Inaz dan suaminya Ihsan bersepakat untuk induce dan terus masuk wad hari itu juga.

Malam tu kami pergi ke wad 356 tempat penginapan Inaz sementara menunggu signal utk masuk ke labor room. Sewaktu Dr Siti datang melawat Inaz di dalam bilik tersebut, dia melihat aku dan terperasan yang aku ni adalah patient dia.  Memang sejak dari aku melahirkan anak ke 2 pada tahun 1988, 1990 anak ke 3 dan 1992 anak ke 4 Dr Siti lah yang membawa keluar anak-anakku dengan kuasa yang diberikan oleh Allah swt.. Dr Siti cakap patutla macam perasan, Wan Rohani katanya, sambil menunjukkan tempat taik lalat ku di bawah hidung, "Ini tak boleh lari"...terharu sangat rasanya..Dulu aku bersalin dengan dia, skrg ni anakku pula...bermaknanya Dr Siti ni dah lebih 30 tahun dia berkhidmat dengan SDMC (dulu SJMC).  Tapi beliau masih seperti dulu, kuat dan bertenaga.

Pada keesokan paginya Inaz dimasukkan ke labor room dan terus di drip utk mempercepatkan proses kesakitan untuk melahirkan.  Tetapi sehingga 4 jam jalan pembukaan untuk baby keluar masih baru berbuka 3cm.  Pada suatu saat heart baby terus down hingga zero, maka Dr Siti terus amik keputusan utk malakukan pembedahan dan terus mendapatkan persetujuan drpd Ihsan.  Maka tepat jam 12 tengahari Inaz dimasukkan ke Bilik Pembedahan.  Tepat jam 12.54 cucu kami selamat melihat dunia ini.

Azan dan Qamat sejurus selepas dilahirkan 




                                           Saat-saat gembira dua nenek

Alhamdulillah!  Semoga dia menjadi anak yang soleh...Amin!

Proud Nenda dan Toknda

Semoga sesiapa juga yang baru bergelar seorang ibu akan tahu betapa susahnya bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak ke dunia ini...