My Beautiful Followers

Friday, April 29, 2011

Reunion Tru Breakfast @Traders Hotel- 29April2011

Dah lama tak update blog ni, asyik tak sihat je lately....Tapi takpe hari ni nk citer2 sikit ye...

Pagi tadi aku bangun jam 5.30 pagi, masak nasi goreng untuk anak bujang yang dua orang ada kat rumah.  Dalam pukul 6 pagi aku dah siap masak seadanya.  Terus mandi dan solat subuh.  Mekap sikit2 dan tunggu encik suami bersiap untuk ke pejabat dan dia menghantar aku ke stesen komuter di Seksyen 18 Shah Alam.

Keluar rumah jam 6.30 pagi, sampai stesen komuter 6.40 pagi, beli tiket pergi balik ke KL Sentral.  Komuter sampai kira2 jam 6.50 pagi, ramai jugala orang yang nak naik pergi kerja seharusnya lah.  Aku memang amik cuti untuk perjumpaan dengan kawan2 dan juga senior semasa belajar di ITM JO sekitar tahun 1980-1982.

Kira2 jam 7.30 pagi sampai ke KL Sentral, beli tiket LRT/Monorail untuk ke KLCC.  Jam 7.50 pagi sampai KLCC.  Oleh kerana hari baru habis hujan aku mengagak buggy untuk ke hotel traders tidak akan menjalankan tugas untuk pagi itu, tetapi sangkaan ku salah, di pertengahan jalan aku melihat buggy yang sedang membawa penumpang dari hotel traders ke KLCC.  Tetapi tidak mengapalah, aku anggap ianya satu exercise untuk hari ini. 

Jam 8.10 pagi aku sampai ke tempat yang dituju dan terus menuju ke Coffee House di tingkat 5 hotel traders.  Di situ lah kami bertemu sambil makan, minum, bercerita dan berposing2 tanpa merasa penat.

Dan inilah antara yang dapat dipaparkan untuk perjumpaan ini:

Posing dulu sebelum makan 

 Me, Rose, Kak Ani, Dicno and Jee

 Me & my petsister, Kak Ani

 Enna & Netiti

 Dicno, Me & Rose

 At last dapat jgk cium pipi Muink yang motel itu....

 Me & Netiti, host of the Breakfast Reunion

Desert yang lazat.....

Perjumpaan kami tamat kira2 jam 11.00 pagi dan dengan rasa berat hati untuk berpisah, tetapi kami terpaksa beredar kerana masih banyak perkara yang perlu dibereskan selepas perjumpaan ini.  Netiti pun sudah terlalu penat melayan karenah kawan2nya ini dan mahu berkemas apa2 yang patut untuk berangkat pulang ke Abu Dhabi.  Penerbangan mereka sekeluarga adalah pada jam 7.00 malam.

Terima kasih dan selamat jalan untuk Netiti dan Kamal serta keluarga dengan harapan semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa....Amin!