My Beautiful Followers

Sunday, November 20, 2011

20112011 - Cantik kan...

Assaalamualaikum....

20.11.2011....memang cantik kan....tarikh cantik ni mesti ramai yang buat kenduri kahwin.  Memang ada 2 orang kawan ku yang buat kenduri  pada tarikh ini, sorang tu officemate masa kat HICOM dulu iaitu Kak Norisah, majlis kenduri jam 12 noon till 4pm dan sorang lagi tu senior masa kat ITM JO dulu, Datin Kamaria Kadir, majlisnya pulak jam 7.30 malam.  Nasib baik time lain-lain, boleh la attend dua-dua majlis.


Tarikh 20.11.2011 yang cantik ni sebenarnya adalah tarikh lahir anak dara ku yang cantik itew... Sapa lagi kalau bukan Wan Azureen @Aween.
Inilah kek kunci kebebasan Aween...
Dah genap 21 tahun rupanya Aween hari ni....dah cukup umurlah tu...maknanya dah boleh pegang kunci, bukan kunci kete atau kunci rumah ye... dan bukan juga sebarang kunci tau, tapi kunci kebebasan. Anak ku ni tak kisah pun tentang kunci kebebasan tu. Bukan perangai dia pun nak bebas-bebas ni...sekarang dia dah ada boperen kut....Tapi sekarang ni yang penting habiskan degree dulu, lepas dah dapat degree barula bleh pikir nak cintan cintun tu...ye!
Happy Birthday To U.....
Besday kek dah ditempah seminggu yang sudah dari sepupunya Ina.  Nak buat surprise katanya.   Memang surprise pun la, sebab kebetulan 19hb November selepas magrib kami sekeluarga meeting di Glenmarie Golf & Country Club, untuk persiapan wedding Emy so lepas meeting kami berkaraoke pulak sampai jam 12 pagi.  So tepat kami jam 12 pagi karaoke lagu 'Happy Birthday' sambil kek dibawak keluar.........Surprise!

Make a wish baby....
Ibu doakan agar anak ibu sentiasa di dalam peliharaan Allah swt, walau di mana sekalipun anakanda berada....Amin!

Tuesday, November 8, 2011

AidilAdha di Johor Bahru - 6 November 2011

AidilAdha tahun ini jatuh pada hari Ahad 6 November 2011 maka secara otomatisnya hari Isnin adalah cuti gantian bagi yang bekerja dan kebetulan juga cuti semester break bagi anak-anak kami yang diUniversiti, maka kami beraya di rumah abang kepada suamiku iaitu Wan Musa. Kebetulan jugak hari perkahwinan anaknya Yee akan berlangsung pada pertengahan bulan Disember, maka kami boleh la tolong apa-apa yang patut, kut la......

Bertolak ke JB pada hari Sabtu 5 November kira-kira jam 11.00 pagi dan sampai kira-kira jam 3.00 petang. Jalan dari hiway Seremban/Nilai jem giler.  Kami menginap di Hotel Naza Talyya kepunyaan salah seorang anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin.

Sampai je di JB kami terus ke Taman Iskandar rumah Abang Sha & Kak Pah. Tolong Kak Pah masak selepas magrib sampai la tengah malam baru balik ke hotel.

Pagi raya 6 November, kami datang umah Kak Pah untuk makan-makan, nasi impit rendang ayam dan rendang daging. Tengaharinya pula Kak Pah masak nasi minyak dengan dalca, huh memang kelas la Kak Pah. Petangnya kami jalan-jalan pusing bandar Johor Bahru, ke Nusajaya dan kawasan sekitarnya.

Balik rumah dah nak magrib, hidangan lontong menanti kami, panaskan kuahnya dan makan lagi.........

Malam tu kami balik hotel agak awal sebab esoknya Azureen akan ke USS dengan kawan-kawannya.  Cucu Kak Pah, Badlishah (Icha) pun ikut kami ke hotel.  Paginya Icha mandi kolam kat hotel dari jam 9.00 pagi sampaila jam 10.40 pagi.   Begitu seronoknya dia, bleh lihat aksi-aksinya di kolam renang Hotel Naza....

 Diving la konon tu Icha....

  Icha yang kepenatan.......

 Londeh baju dah........

Ajak pulang tapi masih nak mandi lagi....

Isnin 7 Nov jam 11.30 pagi kami check-out hotel terus ke Taman Iskandar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Kak Pah dan Abang Sha.  Lepas lunch dan solat kira-kira jam 2.30 petang kami berangkat pulang. Jem lagi dari hiway Senawang/Seremban, sampai rumah jam 7.30 malam.



Monday, October 24, 2011

Aween Graduasi - 24Oktober2011

Hari ini adalah hari graduasi Wan Azureen (Aween).  Setelah hampir 2 tahun setengah Aween belajar di UiTM Lendu, Melaka maka inilah hasilnya, segulung Diploma, Jurusan Pengurusan Perniagaan.  Sidang Ke6 Konvokesyen kali ke75 sessi pagi bermula jam 9 pagi, hari Isnin 24 Oktober 2011.

Wajah seorang graduasi - Aween

Jam 7.30 pagi kami menapak ke Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC). Suamiku hanya menghantar kami kerana beliau ada tugas yang tidak dapat dibatalkan di Puncak Alam.  Janjinya nak datang selepas tugasnya habis kira-kira jam 12 tengahari.

Aween kongsi kegembiraan bersama ayah dan ibu

Aku dapat duduk dalam dewan yang terletak di bahagian bawah, tak payahlah nak panjat tangga naik ke stand yang atas tu. Agak selesa sikit la.

Kegembiraan terserlah di wajah masing-masing....

Berada di dalam dewan agak merimaskan sebab penerima Ijazah dan Diploma yang terlalu ramai, kematu rasa punggung.  Acara tamat kira-kira jam 11.45 pagi.

Bersama rakan-rakan semasa belajar di UiTM Lendu, Melaka

Sekarang Aween menyambung pelajarannya dalam bidang Pengurusan Perniagaan major in Finance di peringkat Ijazah di UiTM Shah Alam.  InsyaAllah lagi 2 tahun Aween konvo lagi....Semoga berjaya!

Sunday, October 9, 2011

Selamat Hari Jadi Suamiku - 8Oktober2011

Empat hari yang lalu bertarikh 4 Oktober 2011, kami celebrate Birthday Nash di rumahnya di Seksyen 7.  Hari ini 8 Oktober kami sekeluarga celebrate pulak Birthday Wan Kamil iaitu ayah kepada anak-anakku.

51 tahun yang lalu suamiku dilahirkan di negeri Kedah Darul Aman.  Selamat Hari Jadi Kekanda!  Semoga sentiasa di dalam peliharaan Allah swt...

Cake sponsored by Inaz and made by The Smiling Baker - maveles!

Memang kami dah rancang sebelumnya nak buat surprise.  Tepat jam 12.00 pagi 8 October 2011 anak sulung ku, Inaz datang dengan cake harijadi yang kami tempah daripada Ina, anak saudaraku.

Cake dibawa oleh Inaz

 Inaz masuk ayahnya sudah tidur, kami terus nyanyi - Happy Birthday To You......

 Terkezut terus bangun, mamai - potong cake

 Make a Wish Darling!

Muahhhhzzzz....

Sambutan ala kadarnya saja, untuk get together anak beranak.

Friday, September 30, 2011

Buka Puasa Dengan Kawan2 - 24Ogos2011

Titien balik seminggu sebelum raya, janji nak buka puasa dengan kawan2 di sini, macamana pun jugak aku harus pergi.  Mula-mula tu macam tak boleh pergi tapi pada pagi hari yang dijanjikan Titien sekali lagi call tanya boleh datang ke tidak..Suami tidak begitu mengizinkan sebab aku pun bukannya sihat betul pun, nak kena naik Komuter dan tukar train kat KL Sentral, malam pulak tuh...

Tetapi oleh kerana aku begitu kuat untuk jumpa kawan2 sementelah nak buka puasa dengan Titien yang balik bercuti ke Malaysia.  Akhirnya suamiku mengizinkan aku untuk berbuka puasa bersama kawan2, maka pada petang hari Rabu 24 Ogos aku menumpang budak praktikal di pejabat ku, yang juga akan berbuka puasa reunion di University Kuala Lumpur tempat dia belajar dulu.  Tempat tu pun tak jauh dari KLCC.

Sampai jam 7 petang ke KLCC.  Terus ke Chakkri Palace tempat perjanjian jumpaan.  Aku rasa kepanatan yang amat sangat ketika itu, terus masuk ke Restoran menunggu yang lain2 tiba.

With Dicno - banyak tu dalam pingganku...habis tau!

Aku memang makan yang amat banyak masa buka puasa tu, memang berselera sungguh. 

Selepas makan2 dan bersembahyang magrib dan Isyak, kami terus dibawa Titien ke biliknya di Mandarin Oriental Hotel.

Borak-borak sampai jauh malam...Aku harus pulang ke Shah Alam malam tu jugak walaupun terasa tidak mau pulang malam tu.  

 Bermanja dengan Titien....

 Sambung borak-borak kat bilik sambil makan kueh raya...

Tak habis sembang hingga lewat malam...posing dan posing

Jam telah menunjukkan hampir jam 10.30 malam.  Zah tolong hantar ke KL Sentral.  Nasib aku memang baik sebab sesampai je ke KL Sentral aku diberitahu komuter terakhir akan bertolak kira2 jam 11.15 malam, kalau tidak aku bermalam kat stesen keretapi la jawabnya...hehehehe

Friday, September 9, 2011

Satu Hari Di Hari Raya dan Salam Merdeka - 30-31 August 2011

Salam Aidil Fitri dan Salam Merdeka semua. Aidil Fitri tahun ini jatuh pada 30 Ogos 2011 dan raya kedua 31 Ogos disambut bersama dengan Hari Merdeka yang Ke54.

Pada mulanya plan nak sambut raya pertama di Kota Bharu sebab anak kami yang no 2 Fariz ada job di KB.  Plannya lagi selepas beraya di KB petang raya tu kami terus ke Kulim dan tinggalkan Fariz dengan kerjanya tu sampai habis.  Tetapi di saat2 akhir berpuasa, plan dah kena tukar sebab Fariz nak juga pergi Kulim.  So kami balik Kulim pada hari Ahad, 28 Ogos jam 12 tghari, dan la berbuka puasa di Kulim ptg itu...

Malamnya kami buat kueh raya....

Keesokan harinya pun buat kueh lagi untuk kami bawak pulang nanti.

Petang Isnin pergi airport Bayan Lepas amik Emy dan Efy.  Lepas tu kami berbuka puasa hari terakhir tu di Line Clear nasi kandaq.  Tak la clear mana pun...

Hari yang dinanti telah tiba, hari pertama raya kami ke Alor Setar sampai malam.

Ani mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki


 Our Family


Family Wan Muzaffa

Raya kedua Raya Open House di Kulim.  Pada sebelah petangnya kami berangkat ke Kota Bharu melalui Grik.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin!

Sunday, July 17, 2011

Fareena's Big Day - 15 & 16July 2011

Akad Nikah Fareena (Een), anak sulung Nash dan Yati telah selamat berlaku pada Jumaat 15 Julai 2011 bertempat di Masjid Negeri Shah Alam selepas waktu Asar.


Majlis resepsi telah berlaku pada hari Sabtu 16 Julai 2011 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam kira2 jam 11 pagi hingga 5 petang.

Fareena dan Suami A. Rahman Fauzi

Keluarga kami yang merupakan keluarga angkat Fareena

Keluarga Nash

Antara tetamu yang hadir ramai drpdnya adalah Menteri2 dan rakan2 artis Nash sendiri spt Annahita Bakavoli dan suami, Man Kidal dan Yan dari Lefthanded, Rohana Jalil, Nasir, Ali Mamak, Abon dan Farhan. Itupun yang sempat nampak je...

Man Kidal, Ihsan dan Yan

Monday, July 11, 2011

ITM-JO ReUnion Batch 1980-1986 - 9July2011

Setelah hampir 30 tahun persahabatan di ITM-JO maka kami ditemukan dalam majlis Reunion bertempat di D'Palma Hotel Shah Alam.


Looking forward to this Reunion, ada juga yang tak dapat datang kerana ada komitmen lain dan ada juga yang tidak dapat datang sebab takutkan perhimpunan BERSIH yang juga di adakan pada hari yang sama tetapi di kawasan bandaraya Kuala Lumpur.

Itulah kami masing-masing datang dengan satu semangat untuk pertemuan dan mengeratkan silatulrahim..

Batch 1980-1982
Me, Nuraida & Ungku Habsah
Me, Danita Zainurdin & Sarah Ahmad
Poco-Poco in the house

Tuesday, June 7, 2011

Cuti-Cuti JB & Singapore 3-5June2011

Sabtu 3 June 2011, jam 10 pagi aku, suami dan anak2ku Fariz dan Aween bersama2 dengan keluarga abang ipar, Dato' Wan Mokhtar, Datin Era dan anaknya Edrin memulakan perjalanan ke Johor Bahru untuk melawat kakak ipar yang tak berapa sihat.

Tengahari kami sampai di JB, terus ke workshop Sultan Johor untuk menghantar lampu yang memang ditempah untuk dipasang di kereta2 koleksi Tuanku.  Banyaklah koleksi kereta yang kami dapat lihat dalam garage, tetapi sayangnya kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.

Habis kerja2 pemasangan kami check-in di Hotel Naza di JB.  Sebelah petangnya kami ke rumah abang ipar, Wan Musa di Taman Pelangi, Johor Bahru.  Sudah lama tidak berjumpa maka banyaklah cerita antara abang dan adik2nya, kami biras2 ni pun ada macam2 cerita jugaklah, sampai tengah malam kami berborak dan bercerita.  Kami janji akan datang lagi pada hari Ahad untuk sambung cerita dan makan2.
 Kak Pah yang lucu
 Abang Tat dan Kak Erra
Badlishah yang memang kecoh

Kira2 jam 10 malam kami balik ke hotel, sebelum balik kami makan mee bandung muar kat Kg Melayu Majidee, memang sedap dan enak sekali.


Hari Sabtu, 5 June 2011, selepas breakfast kat hotel kami terus ke Singapore yang sudah lama tidak dikunjungi.  Parking kereta dkt Orchard Road dan berlegar2 di Takashimaya Complex.  Susah nak cari makanan yang halal di sini, sehinggalah kami jumpa satu stall yang jual makanan melayu yang halal tetapi mahal giler....huh!!!!

Abang Tat, Abang K dan Aween
Apiss, Edrin, Abang Tat dan Aween
Sudah kenyang, acara shopping menyoping la pulak, tapi aku takdela membeli sangat pun...bo lui la.  Sis-in-law, Datin Erra memang membeli sakan, 1 handbang channel, 1 purse LV dan 1 kasut LV.  Aku beli sehelai kemeja Ralph Lauren untuk Aween, rasanya sale kat Singapore ni agak mahal sebab kena kali dengan 2.4 hehehehe.............
Kepenatan sudah......

Setelah penat shopping, a friend of my bro-in-law ajak makan malam di Arab Street, Restoran ZamZam.  Makan nasi beriani dan martabak ayam dan kambing, memang sedap yang amat.  Terima kasih Encik Sani.

 Beriani Ayam
 Murtabak Kambing
Murtabak Ayam
Selepas dinner, shopping kain lace kat Arab Street, murah jugakla kalo nk bandingkan dengan lace Bandung or Jakarta.

 Kedai Lace di Arab Street
 Saya kenan yang ni - Aween
Datin borong sampai 4 set lace
Sudah shopping lace kami berangkat pulang dengan hati yang tenang sebab sudah berhabisan....Jalan pulang yang tersangatlah jem, kami bertolak dari Singapore jam 9.00 malam sampai ke hotel jam 11.30 malam.

Ahad, 5 June 2011 sesudah breakfast di hotel, kami terus menuju ke Taman Pelangi rumah Kak Pah Cha untuk menyambung gebang kami pada malam pertama kami sampai JB.  Kak Pah masak macam2 yang semuanya sedap2 belaka.  Kami bertolak dari JB jam 6.00 petang, sampai Shah Alam jam 11.30 malam, jalan yang sangat jem jugak.


 Aween, Kusya and Alisya
 Dengan Kak Pah yang manis

 Entah apa la yang lucu tu....hehe
 Bergambar sebelum balik