My Beautiful Followers

Sunday, December 26, 2010

Majlis Bertandang/Sambut Menantu - 25Dec2010

Hari ini tibalah masa kami menghantar pengantin ke rumah mertua dalam majlis yang diadakan pada hari Sabtu 25 Disember 2010. Majlis Sambut Menantu atau disebut juga Majlis Bertandang selamat berlangsung di Dewan Jublee Perak, Bangunan Sultan Abd Aziz Shah Alam.


Selepas daripada ini mereka akan mula menjalani hidup berdua di alam rumahtangga pula, semoga aman bahagia selamanya....Jangan lupakan kami sudah...


Kami sebagai ibubapa akan selalu mendoakan semoga mereka berdua dapat melakukannya dengan penuh tanggungjawab dan sabar dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadang2 dipenuhi onak duri dan pancaroba di tengah pelayaran.  Waaah.....bermadah gitu...

Aween, Ayah, Ibu, Izzat dan Fariz

Rombongan KWK 

Memandangkan majlis sambut menantu ini diadakan seminggu selepas majlis resepsi, maka keluarga dari Kelantan tidak dapat mengikuti rombongan menghantar ini. Rombongan kami terdiri daripada ibu bapa saudara dan sepupu kepada pengantin seramai 38 orang yang tinggal di sekitar Lembah Kelang sahaja.  Itupun tidak keluarga yang dapat ikut serta kerana pada saat akhir masing2 ada komitmen lain.  Terima kasih kepada rombongan cik kiah...

Bersama Besan, Puan Khadijah

Kepada anakanda Muhammad Ihsan selamat datang ke dalam keluarga kami dan kepada anakanda Wan Syafinaz selamat menjadi menantu yang taat kepada kedua ibu bapa mertua dan suami dengan penuh keredhaan......Kami doakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat!



Monday, December 20, 2010

Selamat Pengantin Baru - 19Dec2010

Ahad - 19 December 2010 hari persandingan anakku bertempat di Kelab Shah Alam, Section 13 Shah Alam bermula dari jam 12 tengahari hingga 4 petang.

Alhamdulillah majlis yang agak sederhana berjalan seperti yang dirancang dengan pertolongan dan bantuan daripada adik beradik drpd Kedah dan Kelantan dan yang juga menetap di Shah Alam dan Kuala Lumpur.  Tak lupa juga yang banyak membantu adalah Nash yang sememangnya kami anggap macam adik beradik kami juga....

Pengantin Baru

Family Photo

Pengantin's Sista and Cousins


Kawan Aween

Di samping majlis kahwin yg julung2 kali diadakan, kawan2 ku juga merasakan majlis ini seperti reunion untuk kami geng2 HICOM, mana tidaknya kebanyakan yang datang masing2 sudah tidak berjumpa bertahun lamanya.  Ex-Bos ku juga datang bersama isteri dan anaknya yang sekian lama tidak siapa pun tahu yang dia sebenarnya sudah beristeri tapi aku memang tahu, sendiri tahu sudahlah.....

HICOM's Reunion


Semoga anakanda berdua bahagia dalam melayari hidup berumahtangga! 

Jangan Pisahkan by Papa Nash dan Aween


Majlis ini juga mengumpulkan adik beradik suamiku jauh dan dekat, sungguh terharu rasanya bila sesekali mereka dapat berkumpul sesama mereka yang sebelum ini agak susah untuk mereka semua ada sekaligus.

The Brothers (The KWK) - sesekali bertemu

Kepada semua hadirin kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi datang dan meraikan pengantin.  Di akhiri dengan serangkap pantun:

Tiada kata secantik bahasa
Tiada gambar seindah lukisan
Jutaan terima kasih dari kami sekeluarga
Budi yang baik sentiasa di ingatan

Majlis Akad Nikah Anak ku - 17Dec2010

17 December 2010, akhirnya tiba juga harinya, hari untuk akad nikah anakku Wan Syafinaz bertempat di Yayasan Restu Shah Alam. 

Rombongan kami terdiri drpd semua ibu/bapa saudara pengantin, sepupu dan kawan2 terdekat pengantin sahaja. 

Rombongan keluarga pengantin perempuan

Dari pagi hari lagi semua kaum keluarga berkumpul di rumah kami untuk persediaan yakni gubahan hantaran digubah oleh Ina (Cousin pengantin), cantik semuanya. Makanan tengahari pula disediakan oleh Zaini dan Zai (Uncle and Aunty pengantin), memang marvelous!

Hantaran drpd pihak perempuan

Kami bertolak ke Yayasan Restu lebih kurang jam 3.00 petang untuk upacara akad nikah yang dijangka pada jam 3.30 petang.

Pembawa dulang 


Kaum Keluarga Pengantin sebelah Bapa

Ada juga rakan kenalan yang tidak dapat hadir pada hari Reception datang pada hari akad nikah, itulah dia Shamsul Ghau2 dan isterinya Rina dan anaknya Megat Umar.

Shamsul Ghau2 dan Rina datang meraikan

Upacara akad nikah berjalan tanpa sebarang masalah dan selesai kira2 jam 4.30 petang.

Cincin disarungkan sebagai tanda pembatalan air sembahyang


Selesai sudah ijab dan kabul, Alhamdulillah....

Majlis akad nikah tamat kira2 jam 5.00 petang dengan acara menjamu selera dan foto session di luar bangunan Yayasan Restu Shah Alam


Friday, December 3, 2010

Model Tudung Fareeda Minggu Ke6 - Kosmo 3 Disember 2010

Dan pemenangnya adalah......

Dalam paper Kosmo bertarikh 3 December 2010 tertera nama2 pemenang bagi kategori umur yang berbeza, dan aku adalah pemenang bagi kategori umur 40 tahun ke atas.....

Keratan papernya aku paste dr facebook...hehehe.............Dah tua2 baru nk jd model.....alahai saja suka2, untung2 dpt hadiah tudung ok gak, takyah beli tudung setahun...