My Beautiful Followers

Monday, August 9, 2010

Berjumpa Dan Terjumpa - 7 August 2010

Hari Sabtu, 7 August 2010 janji nak jumpa Netiti. Dia menginap di hotel Traders dekat KLCC.  Pagi tu aku sediakan nasi lemak untuk suami dan anak2 dahulu.  Mr Suami ada perasmian apa tak taulah kat UiTM Puncak Alam maka ku mintak tolong anak bongsuku hantar ke stesen komuter di Shah Alam.

Kira2 jam 9.30 pagi naik komuter dari Shah Alam ke Stesen KL Sentral, sampai kira2 jam 10.15 pagi. Dalam lift menuju ke tingkat 1, aku senyum kepada seorang wanita yang juga membalas senyumanku...Sesungguhnya pada masa itu aku tidak ingat wajahnya adalah wajah yang selalu ku lihat di laman FB, junior masa kat ITM JO, hehehehe..... Maaf ye Ogy, tapi sememangnya aku  ni jenis orang yang sentiasa senyum, bak kata Faizal AF4 senyum sokmo..........tidak rugi kalau senyum pun....

Keluar dari lift, Ogy terus mendapatkan aku dan bertanya, "Ini Kak Ani ke?" Aku pandang muka dia betul2 hahahah....barulah cam...Nasib baik ada FB sebab dia cam aku pun melalui FB...Maka kami pun bergambarla seadanya.......

Stesen KL Sentral

Dalam Tren Putra LRT

Nasib baik jugakla jumpa Ogy kat situ, aku sememangnya tidak tahu untuk turun di mana tetapi Ogy yang bagi panduan sebab aku yang turun dulu.......

Kira2 jam 10.50 pagi sampai lah kat KLCC, naik Buggy kat depan KLCC, aku dihantar ke Hotel Traders. Maka bertemula aku dengan Netiti seadanya, berpelukan dengan erat sekali tanda sudah lama tidak berjumpa. Perasaan bercampur baur, suka, gembira, sedih, sebak semuanya lah........Titien belanja makan kat coffee house, makanannya memang mabeles.....Walaupun dalam keadaan mengantuk dan tak begitu sihat Netiti masih boleh melayan celotehku yang tak habis2 bercerita  kisah masa dulu2...terima kasih Netiti!  

Mengingati Netiti yang ku kenal masa kat hostel di ITM JO dulu, dia seorang yang pendiam, selalu jumpa pun masa kat bilik air time nak mandi atau basuh baju. Kami pernah buat praktikal sama2 dalam pejabat di JO. Kami pun bukan satu kelas tetapi duduk berjiran kat Blok B tetapi sememangnya aku menyukai dia....baik orangnya........

Selepas grad masing2 berkahwin dan lost contact, rupa2nya dia mengikuti suami ke merata negara dan sekarang bermastautin di Doha.  Melalui FB kami tahu cerita masing2. 11 August Netiti akan berangkat meninggalkan Malaysia setelah hampir sebulan bercuti di Malaysia.  Inilah kenangan paling indah yang dapat ku rakamkan bersama Netiti setelah hampir 28 tahun tidak bersua muka dan berkongsi cerita.

Kami bersurai kira2 jam 1.30 petang dengan harapan akan berjumpa lagi di lain tahun, Insyaallah!

Netiti call Dicno ajak dia join kita orang tp Dicno ada hal...

Sambil tunggu menu posing dulu la...

Me and Wantan mee - mabeles....

Wantan Mee yang sedap....

Sesungguhnya pertemuan yang hanya dirancang hanya pada satu tengah malam menjadi kenyataan yang sangat indah......Semoga Netiti selalu mendapat keberkatan dan kebahagiaan di negara orang dan Selamat Berpuasa Netiti!