My Beautiful Followers

Tuesday, December 29, 2015

Wedding of the Year 2015 - Aween dan Baha

Tanggal 21 November 2015 majlis pernikahan anakanda ke3 saya, Wan Azureen telah berlangsung dengan agak meriah dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai dari kedua belah pihak.  

Jam 12.15 tengahari dengan sekali lafaz maka sahlah Wan Azureen menjadi isteri kepada Khairul Fadly.  Sebak dan gembira bercampur baur.  Itulah hati seorang ibu yang akan berpisah dengan anak perempuan yang telah menjadi seorang isteri yang akan dibawa tinggal berjauhan daripada keluarga kerana sang suaminya berasal daripada Johor Bahru.  








Semoga pernikahan anakanda berdua sentiasa diberkati dan akan dikurniakan kebahagian dengan kehadiran zuriat lelaki yang soleh dan perempuan yang solehah kelak.


Pada keesokan harinya 22 November 2015, majlis persandingan pula diadakan bagi meraikan kedua mempelai.  Majlis diadakan di Dewan Orchid, Level 4, Bangunan Wisma PKPS, Seksyen 14 Shah Alam.






Inilah bingkisan kasih doa restu untuk anak dan menantu kami:

Anakku Wan Azureen yang disayangi……
Ketika ini sukarnya untuk kami ayah dan ibu menggambarkan rasa dan juga sukarnya untuk menuturkan bicara betapa bahagianya kami melihat Azureen disamping suami tercinta, Khairul Fadly. Terasa Azureen masih kecil, berpelukan manja dalam dakapan kasih ayah dan ibu…..

Tapi hari ini, anak ayah dan ibu dah dewasa, dah pun bergelar seorang isteri……
Sudah menggalas amanah dari kedua ibu bapa Fadly yang mengharapkan Azureen membahagiakan putera kesayangan mereka……

Khairul Fadly, menantu kami yang dikasihi……
Anak kami, Wan Azureen sebenarnya seorang yang sangat lembut jiwanya, anak bertuah, anak syurga, anak yang sangat baik. Justeru tambatlah hati Aween dengan kelembutanmu Nak….Pautlah hatinya dengan kasih sayangmu, kerana Fadly kini Raja di hati Azureen……

Sesungguhnya ayah dan ibu bahagia dengan kehadiran Fadly…Selamat datang ke dalam keluarga kami… Semoga Fadly menjadi seorang suami yang soleh buat anak kami Azureen yang kami kasihi…..

Azureen……
Kecil2 dulu ayah dan ibu dukung Azureen, kami mandikan Azureen, kami manjakan Azureen, kami siapkan Azureen bersama2 dan hantar ke sekolah, kami juga rawat bila Azureen kurang sihat……..
Tapi hari ni dan juga semalam kami siapkan Azureen sebagai pengantin baru….
Hati kami sangat tersentuh…….
Ayah dan ibu pegang erat tangan Azureen agar Azureen tenang di hari bahagia Azureen……..
Bergetar hati kami bila akad nikah dilafazkan…….
Subhanallah anak ayah dan ibu sudah menjadi seorang isteri…
Semoga Azureen menjadi seorang isteri yang pengasih dan penyayang dan dapat membahagiakan Fadly ke jalan2 syurga…
Semoga Azureen hormat dan menyayangi ibu bapa mertua seperti Azureen hormat dan menyayangi ibu bapa sendiri…
Ya Allah bahagiakanlah rumahtangga putera dan puteri kesayangan kami dalam naungan kasih sayang Mu…
Ya Allah penuh redha dari kami sebagai ayah dan ibu…..
Ya Allah kurniakanlah kpd Azureen dan Fadly zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyeri hidup, bahagiakanlah mereka hingga menuju ke syurga idaman Jannatul Firdaus….

Demikianlah warkah kasih penuh sayang buat Wan Azureen dan Khairul Fadly
We love you, we love you very much…..
Semoga bahagia untuk selama2nya….