My Beautiful Followers

Wednesday, October 31, 2012

Aidil Adha di Kota Bharu, 23-26October 2012

Salam Aidul Adha untuk semua bloggers dari saya dan keluarga.  Semoga kita semua di dalam Rahmat Allah swt..

Sebulan yang lalu, suami dah setuju nak korban satu bahagian lembu daripada 7 bahagian berkongsi dengan adik beradik dan sepupu kami di Kota Bharu. Tetapi sebenarnya tempahan tiket penerbangan AirAsia telahpun dibuat pada bulan May lagi sebab masa tu AirAsia ada buat sales selama seminggu.

Penerbangan AirAsia AK 5286 - 23 Oct 2012

Kali ni Raya Korban terasa amat bermakna dalam hidup aku sebab kesemua anak-anak dan menantu dapat pulang beraya bersama di Kota Bharu.  Bagiku inilah makna korban sebenarnya.

Kami sekeluarga pulang dengan penerbangan AirAsia pada 23hb Oktober 2012 dan tinggal di rumah adik bongsu ku di Kampung Sungai Keladi, tanah tempat tumpah darahku.

Dari hari pertama kami pulang, dah sedia ada jemputan makan, mula-mula rumah adik ku di Pengkalan Chepa, sambil makan-makan dan borak-borak, esoknya pula di rumah kakakku di Jalan Bayam, masak nasi berlauk. Rasa kegembiraan yang amat sangat apabila sesekali pulang ke kampung halaman. Banyak benda yang nak borak sampai pagi, esok dan lusa...lagi dan lagi...

Kakak dan adik-adikku - Kami 4 Beradik

Pagi raya, 26hb Oktober 2012, suami dan anak-anak serta menantuku bersembahyang raya di masjid Tanjung Chat. Selepas itu kami menunggu kedatangan lembu untuk dikorbankan. Sedih tidak terkira melihat lembu disembelih. Teringat kisah Nabi Ibrahim dan Siti Hajar yang berkorban untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail ditengah-tengah padang pasir...

 Ketibaan YM Lembu Korban

 Sayu hati tengok mata ini

 Sesudah Takbir Raya Maka Terkorbanlah Lembu ini

Melapah Lembu

Sidang Pemerhati

Malam itu kami pulang dengan seribu kesedihan kerana akan meninggalkan ahli keluarga serta saudara mara untuk balik ke Shah Alam dan entah bila lagi akan bersua kembali.  Pengorbanan lagi ni...

Mari kita hayati erti pengorbanan itu di dalam kehidupan kita seharian.....Semoga kita semua mendapat Rahmat dan sentiasa dilindungi Allah swt...Amin!


Majlis Aqiqah Muhammad Khaleef Nasha - 30Sept 2012

30 September 2012 Nash buat majlis aqiqah cucunya Muhammad Khaleef Nasha, yang lahir pada 23 Julai 2012, yang mana pada waktu itu aku sedang berada di Madinah dan Mekah kerana menunaikan Umrah.  Puas la Nash cuba menghubungi ku tapi hp no Malaysia tak pakai pun, nak pakai nombor hp di Saudi pun tak dapat.......

Kira-kira jam 11 pagi majlis dimulai dengan Marhaban dan gunting rambut cucu yg comey itu....matanya grey kulitnya putih bersepoi...kalah Tok Papa nya, kalo amik gambar sama dah macam kopi susu jadinya...hehehe...maaf ya Nash senda gurau je tu......

Tok Pa sedang gunting rambut Khaleef

Khaleef dan Tok Pa

Nenda dokong Khaleef la pulok