My Beautiful Followers

Monday, October 20, 2014

Lahirnya Sebuah Cinta Baru ku - 18 October 2014

Tanggal 18 October 2014 hari Sabtu, tepat jam 12.43 petang, lahirlah seorang lagi cinta hati nenda, iaitu adik kepada Muhammad Ammar, bayi lelaki seberat 3.59kg.  Setelah hampir 5 jam bertarung menahan kesakitan, akhirnya dengan kuasa Allah swt dan dengan bantuan daripada Dr Siti, anak ku berjaya melahirkan secara forcep kerana kemungkinan baby terlalu besar.

Gembiranya hati tidak terkira, menerima cinta baru ini namun kasih sayang untuk cucu sulung ku Muhammad Ammar tidak berbelah bagi, kerana kedua2nya tetap menjadi buah hati nenda dan toknda.







Semoga Ummi dan Abah Ammar sentiasa murah rezeki.  Semoga Ammar dan adik sihat walafiat.

Aamiin Ya Robbal A'lamin

Tuesday, September 23, 2014

LABBAIKALLAHUMMALABBAIKK..

Di saat aku menulis ini kami suami isteri masih lagi menunggu tarikh sebenar akan berangkat untuk menunaikan haji ke tanah suci Mekah Al-Mukarammah dan seterusnya menjalani ibadat haji iaitu wukuf di Arafah, melontar, tawaf dan semua yg berkaitan dgn ibadah haji.  Mengikut kata travel agen haji kami, kemungkinan tarikh kami berangkat adalah pada 29 September dan dijangka pulang ke tanah air pada 29 Oktober 2014.

Aku berdoa kepadaMu Ya Allah.....permudahkanlah perjalanan kami dan permudahkanlah ibadah haji kami dan permudahkanlah ziarah haji kami di Madinah.  Engkau lindungilah anak2 kami dan cucu kami semasa kami tiada di Malaysia. Sesungguhnya aku mohon hanya kepadaMu, selawat dan salam ke atas junjungan kami nabi Muhammad s.aw...semoga kami mendapat haji mabrur.

Amin Ya Rabbil Aa' lAmin!

Tuesday, September 2, 2014

Cuti-Cuti Malaysia di Bukit Fraser - 30Aug hingga 1Sept 2014

Percutian di Bukit Fraser.  Bunyi yang gah sangat sebab dah lama tak makan angin di tempat sejuk.

Memandangkan hari merdeka pada tahun ini jatuh pada hari Ahad, maka kami sekeluarga bersepakat mau jalan2 ke Bukit Fraser.  Sudah lama tidak ke sini, seingat aku lah last kami ke sini adalah semasa arwah ibu mertua ku masih ada lagi, waktu itu anak no 3 masih kecil.  Sudah lebih kurang 24 tahun yang lalu...lama tu...

Kami booking Homestay Apartment Silver Park di Bukit Fraser.  Melihat daripada gambar homestay tersebut rasa tak sabar nak menginap, tapi alangkah frust nya kami kerana homestay yang kami inap itu tidak seindah gambaran sebagaimana kami lihat di blog. Ada 2 bilik dan 2 bilik air tapi satu bilik air je yang boleh pakai, yang satu lagi tu ada bath tub bagai tapi tak boleh pakai langsung.  Di ruang tamu pula bila malam satu lampu je yang menyala...alangkan geramnya. Pemiliknya pulak bodoh sombong, malas nak describe bagaimana orangnya, seorang guru yang berperangai sebegini tak tau lah bagaimana cara dia mengajar murid-muridnya......

Sepatutnya setiap kali tetamu nak masuk beliau harus memastikan keadaan homestay tu dlm keadaan elok, lampu ada, bilik air berfungsi dan semuanya dalam keadaan baik sebab yang datang nak bercuti tu bukannya duduk sebelah rumah je dgn homestay tu.......lepas tu boleh pulak nak menyombong dengan tetamu ni, biadap pulak tu.....

Nama Homestay tu adalah Fraser Hill Holiday Apartment and Homestay, pemiliknya bernama Azizah Abd Aziz yang tinggal dan mengajar di Ipoh. Kepada sesiapa yang teringin nak makan angin di bukit fraser jangan lah duduk kat homestay ni.

Sekian untuk kali ini...tata titi tutu...







Tuesday, July 29, 2014

Aidil Fitri di perantauan - 28July 2014

28 Julai 2014 adalah hari kemenangan untuk seluruh umat Islam serata dunia setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.  1 Syawal yang dinanti-nanti, inilah harinya kita semua berhari raya.

Kami tak balik kampung, samada Kedah maupun Kelantan, sebab Ummi Ammar tengah sarat, tak larat katanya, cucu ke 2 kami bakal lahir Oktober nanti.  Maka kami sambut raya di perantauan lah kiranya iaitu di Shah Alam tempat pemastautin kami.








Rumah pertama kami kunjungi adalah rumah anak menakan suami di Prima Condominium di Hartamas. Riuh rendah jumpa sedara mara yang tak putus-putus sampai.



Lepas itu kami ke Kuala Kubu Baru, berhari raya di rumah aunty yang dah lama kami tak kunjungi. Kebetulan kesemua anak-anaknya ada beraya di sana kecuali sorang yang tengah dalam pantang di Kedah.


Balik dari Kuala Kubu Baru kami singgah di rumah kakak ipar di Kampung Melayu Subang.  Setelah itu kami singgah juga di rumah abang ipar di Seksyen 9 Shah Alam sebagai rumah terakhir kami berhari raya pada hari raya pertama ini.

Raya ke 2 kami di rumah saja, kebetulan hujan yang amat lebat yang tidak memungkinkan kami keluar ke mana-mana pun.

Sekian, cerita hari raya kami untuk kali ini......babai

Friday, June 20, 2014

Ramadhan Al-Mubarak

Kalau tiada aral melintang maka seluruh umat Islam tak kira di mana jua berada akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dan kita di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Ahad, 29 Jun 2014 bersamaam I Ramadhan1435 Hijrah.

Semoga kita semua diberi keberkatan untuk menjalani ibadah puasa dengan hati yang ikhlas dan diberi kesihatan yang baik untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ini.  Memandangkan cuaca yang dijangka sedikit panas dari biasa maka kita harus menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin dan marilah kita berdoa agar puasa kita pada tahun ini diterima Allah swt...sebagai bekalan kita di akhirat kelak.  Amin!

Selamat Berpuasa kepada semua bloggers!

Monday, February 10, 2014

Ammar Is ONE - 9 Februari 2014

9 Februari 2014, genaplah umur Muhammad Ammar 1 tahun.  Majlis yang ala kadarnya sahaja, dimulai dengan bacaan Surah Yasin dan Tazkirah dan seterusnya jamuan makan.



Ammar bangun se awal jam 10 pagi untuk disiapkan oleh Ummi nya.  Tema majlis harijadi Ammar adalah hijau.

Jemputan terdiri daripada famili terdekat dan teman rapat Ummi dan Abah Ammar.

Cake ni hadiah dari Ti Ling dari The Smiling Baker, Yummy!



Semoga Allah memberkati hidup Ammar bersama keluarga tercinta

Nenda dan Uci Ammar

Tok Papa

Nenda doakan agar Ammar menjadi anak yang soleh dan taat perintah Ummi dan Abah apabila besar kelak. Hadiah dari nenda memang hari2 dapat....

Banyaknya hadiah Ammar

Range Rover daripada Abah Ammar

Wednesday, January 1, 2014

2014



Setahun kini sudah berlalu
Hari yang baru muncul sudah
2014 yang yang kami tunggu
Semoga sinarnya lebih menyerlah...