My Beautiful Followers

Friday, August 16, 2013

Satu Hari Di Hari Raya - 8August2013

Setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, kini tibalah hari kemenangan yang di nanti oleh seluruh umat Islam di mana saja mereka berada.

Aidilfitri tahun ini kami sambut di rumah kami di Shah Alam saja, tak pulang kampung samada Kota Bharu atau pun Kulim seperti kebiasaannya pada tahun-tahun yang lepas.  Sementelah anak dan menantu serta cucu kami pun beraya di Shah Alam.


Meriah jugaklah, selepas solat raya, makan2 dan amik gambar sikit2 di rumah, rumah pertama yang kami tuju adalah rumah besan kami, kerana nak jumpa cucunda.  Siap berbaju melayu lagi cucu kami itu. 



Rumah kedua rumah kakak iparku, Nurmilah Mursib di Kampung Melayu Subang.


Rumah ke 3 adalah rumah abang ipar, Datuk Wan Mokhtar di Seksyen 9, Shah Alam.


Menjelang senja kira-kira jam 7 petang kami berangkat ke Kulim untuk beraya di rumah abang ipar Wan Muzaffa yang tinggal di Kulim Golf & Country Resort.  Di perjalanan ke Kulim kami singgah di rumah emak saudara di Kuala Kubu Baru.



Monday, July 15, 2013

Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam seluruh dunia, semoga ibadah kita dibulan yang mulia ini mendapat keberkatan Allah swt....Amin

Tuesday, April 2, 2013

Majlis Aqiqah Muhammad Ammar - 31 March 2013

Persiapan yang ala kadar saja untuk aqiqah cucu sulung kami ni, sekadar ingin mewarwarkan kepada sanak saudara dan sahabat handai rakan taulan akan kelahiran cucunda kami yang pertama ini.

Majlis dihadiri oleh sanak saudara terdekat dan sahabat handai yang agak rapat dengan kami saja, lagipun majlis ini diadakan di kediaman besan kami, jadi tidaklah menjemput semua kawan-kawan yang sudah lama terpisah.

Jam 11 pagi Marhaban dimulakan.  Muhammad Ammar yang diraikan tidur sepanjang marhaban tu, jadi tidaklah kelang kabut Ummi nya nak menyusukan dia.  Kiranya behave lah Ammar hari tu.

Sebelum majlis penantin tidur dulu ya...





Umi dan Abi Ammar



Nenda dan Uci bersama Ummi dan Ammar

Tok Papa dokong Ammar


Toknda dan Tok Papa serta keluarga 

Nenda Zah pun datang

Majlis tamat pada kira-kira jam 4 petang. Hujan mula turun membasahi bumi Shah Alam.  Malamnya Ammar tidur dengan nyenyak setelah sehari suntuk kepenatan.

Wednesday, February 13, 2013

Aku dah jadi Nenda - 9 Februari 2013

9 Februari 2013 tepat jam 12.54 tengahari dengan rasminya ku sudah menjadi nenek yang paling gumbira sekali dalam dunia ini...

Kronologi - Hari Jumaat, 8 Februari 2013 anak ku Wan Syafinaz (Inaz) ada appointment dgn Dato' Dr Siti Zaleha, gynie masa aku beranak 3 adik Inaz.  Oleh kerana due date 9 februari maka Dr Siti bagi options samada nak induce atau tunggu seminggu utk masuk wad.  Oleh kerana takut akan ketidakperasanan si ibu, Inaz dan suaminya Ihsan bersepakat untuk induce dan terus masuk wad hari itu juga.

Malam tu kami pergi ke wad 356 tempat penginapan Inaz sementara menunggu signal utk masuk ke labor room. Sewaktu Dr Siti datang melawat Inaz di dalam bilik tersebut, dia melihat aku dan terperasan yang aku ni adalah patient dia.  Memang sejak dari aku melahirkan anak ke 2 pada tahun 1988, 1990 anak ke 3 dan 1992 anak ke 4 Dr Siti lah yang membawa keluar anak-anakku dengan kuasa yang diberikan oleh Allah swt.. Dr Siti cakap patutla macam perasan, Wan Rohani katanya, sambil menunjukkan tempat taik lalat ku di bawah hidung, "Ini tak boleh lari"...terharu sangat rasanya..Dulu aku bersalin dengan dia, skrg ni anakku pula...bermaknanya Dr Siti ni dah lebih 30 tahun dia berkhidmat dengan SDMC (dulu SJMC).  Tapi beliau masih seperti dulu, kuat dan bertenaga.

Pada keesokan paginya Inaz dimasukkan ke labor room dan terus di drip utk mempercepatkan proses kesakitan untuk melahirkan.  Tetapi sehingga 4 jam jalan pembukaan untuk baby keluar masih baru berbuka 3cm.  Pada suatu saat heart baby terus down hingga zero, maka Dr Siti terus amik keputusan utk malakukan pembedahan dan terus mendapatkan persetujuan drpd Ihsan.  Maka tepat jam 12 tengahari Inaz dimasukkan ke Bilik Pembedahan.  Tepat jam 12.54 cucu kami selamat melihat dunia ini.

Azan dan Qamat sejurus selepas dilahirkan 




                                           Saat-saat gembira dua nenek

Alhamdulillah!  Semoga dia menjadi anak yang soleh...Amin!

Proud Nenda dan Toknda

Semoga sesiapa juga yang baru bergelar seorang ibu akan tahu betapa susahnya bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak ke dunia ini...

Sunday, January 20, 2013

Ex-HICOM Reunion- 19January 2013

Pada mulanya Puan Rokiah antara yang paling senior masa bekerja di HICOM dulu menalipon untuk mengadakan reunion ex-hicom antik katanya.  Mesyuarat demi mesyuarat kami bersepakat mengadakan reunion ini pada mulanya pada hari sabtu, 12 Januari 2013 tetapi memandangkan ada pengumuman mengatakan akan ada perhimpunan besar-besaran pada hari tersebut maka kami tunda reunion kepada hari sabtu minggu berikutnya iaitu19 Januari 2013.

Maka pada hari sabtu, 19 Januari 2013 bermula dari jam 2 hingga 5 petang geng antik berjumpaan di Coffee House De Palma Shah Alam.  Seronok tidak terkata dapat dibayangkan daripada teriakan dan jeritan semasa setiap kali kawan-kawan masuk ke coffee house...huh gamat abis!



Sebetulnya kakitangan HICOM ni ada tiga jenerasi, yang mula-mula sekali diterajui oleh AllahyarhamTan Sri Jamil Jan (Tan Sri JJ), selepas itu diambil alih oleh Tan Sri Salleh Sulong dan sekarang ini sudah diambil alih oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Reunion yang diadakan ini adalah untuk semua kakitangan yang pernah bekerja semasa Allahyarham Tan Sri JJ menjadi Pengerusi HICOM.




Monday, January 7, 2013

2013 - Semua Anak-Anak Exam

Huhuhu....dan masuk 2013, bermula 5 hingga akhir January 2013 semua anak-anak ku dah kena bertarung dengan exam di UiTM.  

Anak ku yang bongsu, Izzat start exam hari Sabtu 5 January.  Pagi tu dia bangun lewat, exam start jam 9 pagi tapi dia terjaga jam 8.30 pagi, terus pegi exam dengan tak gosok gigi, mandi apatah lagi, katanya nak cepat.  Itu lah lain kali update la ibu, boleh gerak pagi-pagi.  Selalunya bila gerak pagi sangat dia kata nanti dulu.  Kalau ibu tau ada exam pasti ibu gerak awal lagi...kesian anak ku, semoga exam dapat cemerlang.

Anak no 2 pulak, Fariz start exam hari Ahad 6 January.  Dia ok je la bangun seawal jam 7.30 pagi kerana dah ingatkan dia takut jadi mcm adiknya, semoga Fariz grad la tahun ni...

Anak no 3, Aween start exam hari ni 7 January.  Yang ini preparation memang tip top la, habis exam nanti dia akan start latihan industri di mana-mana syarikat yang menerima pelajar internship kelak. 

Anak sulung, Inaz tengah tunggu hari nak bersalin, in sya Allah awal february ni kami dapat title la atuk atin, hehe......

Yang hadapi exam, semoga semuanya cemerlang dan mendapat result yang bagus untuk meneruskan pengajian dan menghadapi alam pekerjaan.  Yang akan melahirkan pula semoga mendapat baby yang sihat dan kelak menjadi anak yang soleh atau solehah...

Amin Ya Robbal Alamin!