My Beautiful Followers

Tuesday, June 7, 2011

Cuti-Cuti JB & Singapore 3-5June2011

Sabtu 3 June 2011, jam 10 pagi aku, suami dan anak2ku Fariz dan Aween bersama2 dengan keluarga abang ipar, Dato' Wan Mokhtar, Datin Era dan anaknya Edrin memulakan perjalanan ke Johor Bahru untuk melawat kakak ipar yang tak berapa sihat.

Tengahari kami sampai di JB, terus ke workshop Sultan Johor untuk menghantar lampu yang memang ditempah untuk dipasang di kereta2 koleksi Tuanku.  Banyaklah koleksi kereta yang kami dapat lihat dalam garage, tetapi sayangnya kami tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.

Habis kerja2 pemasangan kami check-in di Hotel Naza di JB.  Sebelah petangnya kami ke rumah abang ipar, Wan Musa di Taman Pelangi, Johor Bahru.  Sudah lama tidak berjumpa maka banyaklah cerita antara abang dan adik2nya, kami biras2 ni pun ada macam2 cerita jugaklah, sampai tengah malam kami berborak dan bercerita.  Kami janji akan datang lagi pada hari Ahad untuk sambung cerita dan makan2.
 Kak Pah yang lucu
 Abang Tat dan Kak Erra
Badlishah yang memang kecoh

Kira2 jam 10 malam kami balik ke hotel, sebelum balik kami makan mee bandung muar kat Kg Melayu Majidee, memang sedap dan enak sekali.


Hari Sabtu, 5 June 2011, selepas breakfast kat hotel kami terus ke Singapore yang sudah lama tidak dikunjungi.  Parking kereta dkt Orchard Road dan berlegar2 di Takashimaya Complex.  Susah nak cari makanan yang halal di sini, sehinggalah kami jumpa satu stall yang jual makanan melayu yang halal tetapi mahal giler....huh!!!!

Abang Tat, Abang K dan Aween
Apiss, Edrin, Abang Tat dan Aween
Sudah kenyang, acara shopping menyoping la pulak, tapi aku takdela membeli sangat pun...bo lui la.  Sis-in-law, Datin Erra memang membeli sakan, 1 handbang channel, 1 purse LV dan 1 kasut LV.  Aku beli sehelai kemeja Ralph Lauren untuk Aween, rasanya sale kat Singapore ni agak mahal sebab kena kali dengan 2.4 hehehehe.............
Kepenatan sudah......

Setelah penat shopping, a friend of my bro-in-law ajak makan malam di Arab Street, Restoran ZamZam.  Makan nasi beriani dan martabak ayam dan kambing, memang sedap yang amat.  Terima kasih Encik Sani.

 Beriani Ayam
 Murtabak Kambing
Murtabak Ayam
Selepas dinner, shopping kain lace kat Arab Street, murah jugakla kalo nk bandingkan dengan lace Bandung or Jakarta.

 Kedai Lace di Arab Street
 Saya kenan yang ni - Aween
Datin borong sampai 4 set lace
Sudah shopping lace kami berangkat pulang dengan hati yang tenang sebab sudah berhabisan....Jalan pulang yang tersangatlah jem, kami bertolak dari Singapore jam 9.00 malam sampai ke hotel jam 11.30 malam.

Ahad, 5 June 2011 sesudah breakfast di hotel, kami terus menuju ke Taman Pelangi rumah Kak Pah Cha untuk menyambung gebang kami pada malam pertama kami sampai JB.  Kak Pah masak macam2 yang semuanya sedap2 belaka.  Kami bertolak dari JB jam 6.00 petang, sampai Shah Alam jam 11.30 malam, jalan yang sangat jem jugak.


 Aween, Kusya and Alisya
 Dengan Kak Pah yang manis

 Entah apa la yang lucu tu....hehe
 Bergambar sebelum balik