My Beautiful Followers

Monday, December 31, 2012

Nak Masuk Tahun Baru dah - Sambut Menantu Baru

Sedar tak sedar, tahun 2012 dah nak melabuhkan tirainya, terlalu cepat masa berlalu.  

Kelmarin, 29 Disember 2012 berlangsunglah majlis sambut menantu Datin Era dan Dato' Wan Mokhtar.  Agak meriah dengan cuaca yang berpihak kepada kami, terang benderang disinari cahaya matahari kurniaan Allah swt...Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Hari ni dah mula bertugas setelah bercuti selama 2 hari, khas untuk membantu kak ipar membereskan segala macam persiapan untuk majlis tersebut.

Sebahagian daripada foto yang sempat dirakamkan menceritakan segalanya...





Dato' Wan Mokhtar and Family

Bertambah lah ahli keluarga Wan

Tidak melepaskan peluang bergambar dengan pengantin

Semoga tahun baru yang akan menjelang akan dapat dinikmati dengan lebih keberkatan hidup dengan penuh kedamaian dan keharmonian dan diberi kemurahan rezeki yang melimpah ruah untuk keluarga kami dan semua umat Islam di dunia ini...Amin Ya Rabbal 'Alamin!

Selamat Tahun Baru 2013!  Semoga tahun 2013 akan lebih bermakna dalam hidup kita semua...Amin!

Wednesday, December 19, 2012

Edrin Dah Kawin

14 December 2012 Edrin selamat diijabkabulkan dengan Nur Hafeezuaneeza Ibrahim.  

Sebelum akad nikah tu Edrin nampak tak macam nak kawin pun, baby face je dia, manja lagi anak buah sorang ni.  Anak mummy la katakan.

Akhirnya berjaya juga melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.  Yang jadi saksi pun uncle dia..hehe..  Dengan rasminya Wan Mohd Edrin Wan Mokhtar telah menjadi seorang suami.

 Debaran seorang pengantin


Esoknya 15 December 2012 majlis resepsi pihak perempuan diadakan di Dewan.  Aturcaranya agak kelam kabut sebab tiada penyambut tetamu yang membawa kami masuk ke dewan, pandai sendiri je masuk.





Kami buat acara kami sendiri je lah, posing sana posing sini, yang agak kurang selesa sikit Dynas lah sebab tetamu cum peminat pakat dok beratur nak bergambar dgn selebriti pujaan mereka.  Tapi Dynas pandai melayan peminat2nya, Alhamdulillah semuanya dilayan dengan baik.


Acara tamat kira-kira jam 4 petang, kami sekeluarga terus pulang ke Shah Alam, hujan mula turun membasahi bumi Johor tapi kami tetap pulang.  Pada mulanya ingat nak singgah di JPO tetapi memandangkan jalan yang agak sesak dan hujan pula maka kami terus pulang dan sampai di Shah Alam kira-kira jam 8 malam.

Wednesday, October 31, 2012

Aidil Adha di Kota Bharu, 23-26October 2012

Salam Aidul Adha untuk semua bloggers dari saya dan keluarga.  Semoga kita semua di dalam Rahmat Allah swt..

Sebulan yang lalu, suami dah setuju nak korban satu bahagian lembu daripada 7 bahagian berkongsi dengan adik beradik dan sepupu kami di Kota Bharu. Tetapi sebenarnya tempahan tiket penerbangan AirAsia telahpun dibuat pada bulan May lagi sebab masa tu AirAsia ada buat sales selama seminggu.

Penerbangan AirAsia AK 5286 - 23 Oct 2012

Kali ni Raya Korban terasa amat bermakna dalam hidup aku sebab kesemua anak-anak dan menantu dapat pulang beraya bersama di Kota Bharu.  Bagiku inilah makna korban sebenarnya.

Kami sekeluarga pulang dengan penerbangan AirAsia pada 23hb Oktober 2012 dan tinggal di rumah adik bongsu ku di Kampung Sungai Keladi, tanah tempat tumpah darahku.

Dari hari pertama kami pulang, dah sedia ada jemputan makan, mula-mula rumah adik ku di Pengkalan Chepa, sambil makan-makan dan borak-borak, esoknya pula di rumah kakakku di Jalan Bayam, masak nasi berlauk. Rasa kegembiraan yang amat sangat apabila sesekali pulang ke kampung halaman. Banyak benda yang nak borak sampai pagi, esok dan lusa...lagi dan lagi...

Kakak dan adik-adikku - Kami 4 Beradik

Pagi raya, 26hb Oktober 2012, suami dan anak-anak serta menantuku bersembahyang raya di masjid Tanjung Chat. Selepas itu kami menunggu kedatangan lembu untuk dikorbankan. Sedih tidak terkira melihat lembu disembelih. Teringat kisah Nabi Ibrahim dan Siti Hajar yang berkorban untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail ditengah-tengah padang pasir...

 Ketibaan YM Lembu Korban

 Sayu hati tengok mata ini

 Sesudah Takbir Raya Maka Terkorbanlah Lembu ini

Melapah Lembu

Sidang Pemerhati

Malam itu kami pulang dengan seribu kesedihan kerana akan meninggalkan ahli keluarga serta saudara mara untuk balik ke Shah Alam dan entah bila lagi akan bersua kembali.  Pengorbanan lagi ni...

Mari kita hayati erti pengorbanan itu di dalam kehidupan kita seharian.....Semoga kita semua mendapat Rahmat dan sentiasa dilindungi Allah swt...Amin!


Majlis Aqiqah Muhammad Khaleef Nasha - 30Sept 2012

30 September 2012 Nash buat majlis aqiqah cucunya Muhammad Khaleef Nasha, yang lahir pada 23 Julai 2012, yang mana pada waktu itu aku sedang berada di Madinah dan Mekah kerana menunaikan Umrah.  Puas la Nash cuba menghubungi ku tapi hp no Malaysia tak pakai pun, nak pakai nombor hp di Saudi pun tak dapat.......

Kira-kira jam 11 pagi majlis dimulai dengan Marhaban dan gunting rambut cucu yg comey itu....matanya grey kulitnya putih bersepoi...kalah Tok Papa nya, kalo amik gambar sama dah macam kopi susu jadinya...hehehe...maaf ya Nash senda gurau je tu......

Tok Pa sedang gunting rambut Khaleef

Khaleef dan Tok Pa

Nenda dokong Khaleef la pulok

Sunday, August 26, 2012

Aidil Fitri 2012/1433H- 19August 2012

Sesudah genap sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan kini tibalah giliran Syawal menunjukkan mukanya.  Aidil Fitri disambut pada hari Ahad 19hb Ogos 2012, bersamaan 1 Syawal 1433H.

Selepas Solat Isyak - Acara Bermaafan



Raya kali ini juga kami sambut di Kulim.  Raya mereka tidak meriah sekiranya kami tidak pulang ke Kulim.  Kami berangkat ke Kulim pada hari Rabu bertolak kira2 jam 12 pagi, Alhamdulillah jalan clear sepanjang perjalanan kami, sampai di Kulim pada kira2 jam 5.30 pagi selepas kami bersahur berdekatan dengan Bukit Merah.

Pagi raya kami semua bersembahyang raya di masjid di Kulim (lupa nama masjid la pulok)...Sesudah bersembahyang kami pulang ke rumah bersarapan ala kadarnya kerana akan sehari suntuk beraya di Aloq Staq, rumah adik beradik sedara mara suami ku.

Maafkan dinda dari huhung rambut hingga hujung kaki, ya kanda!


Ratu Kulim


Wan Muzaffa's Family

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari kami sekeluarga, Maaf Zahir dan Batin!

Monday, July 30, 2012

Ramadhan Al-Mubarak

Lama dah tak berblog, dah tiba Ramadhan rupanya, selamat berpuasa. Sebenarnya aku ni baru pulang dari mengerjakan umrah dari tempoh 17 - 28 Julai 2012.  Seronok tidak terkata dapat mengerjakan umrah di bulan yang mulia bulan Ramadhan Al-Mubarak.  Bak kata Ustaz Zainuddin mutawwif kami, seseorang yang berpuasa di bulan Ramadhan akan mendapat pahala mengerjakan haji bersama Nabi Muhammad s.a.w dan sudah boleh dipanggil Hajjah. InsyaAllah semoga kami mendapat umrah mabrur.......Amin!

Kiranya raya tahun ni aku akan sambut dulu daripada orang lain sebabnya di Mekah mula berpuasa pada hari Jumaat 20 Julai, manakala rakyat Malaysia yang lain berpuasa pada hari Sabtu 21 Julai.  Lagi seronok ni...

Semasa di Madinah aku telah menjejak kasih dengan junior masa di ITM JO, Rosnani Mokhtar, Nani panggilan di JO.  Kami berpisah setelah aku grad tahun 1982.  Di alam pekerjaan masing-masing tidak pernah berjumpa.  Maka setelah hampir 30 tahun kami jumpa di fb maka bermulalah episod menjejak kasih ini, sementelah Nani tinggal di Yanbu, Saudi Arabia, mengikuti suaminya yang bertugas di sana, maka kami berjanji akan berjumpa semasa aku mengerjakan umrah nanti. Maka itulah kami jumpa di hotel penginapan ku dan seterusnya kami bersembahyang sama di masjid Nabawi dan setelah itu belanja aku makan di restoran apa ntah, lupa pulak...tapi teh o ice di restoran itu mmg sedap sangat2.......



Memang penat tidak terkata tapi seronok dapat menjejak kaki ke Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawarrah dan Masjid Al-Haram di kota Mekah Al-Mukarammah.  Mudah-mudahan Allah buka pintu hatiku dan suami untuk mengerjakan Haji pulak, InsyaAllah.....





Tuesday, March 20, 2012

Edrin dan Apiss dah Bertunang - 17March 2012

Hari Jumaat, 16hb Mac 2012, jam 12.00 tengahari kami bertolak ke Johor Bharu untuk tujuan meminang anak dara Encik Ibrahim di Johor Bharu.  Sampai di JB kira-kira jam 4 petang dan menginap di Hotel Selesa, memang selesa hotelnya pun.

Malam tu kami menjamu selera di sebuah restoran (lupa nama) yang menghidangkan ikan bakar dan mee rebus istimewa, memang marvelous ikan bakarnya.  Dynas order 2 cikong (ley chee kang).  Makanan dibelanja oleh Fizy dan minuman dibelanja oleh Dato' Elias. Terima kasih Fizy dan Dato' Lias.

Esoknya, rombongan meminang pun siap untuk pergi meminang.  Acara meminang diadakan di Hotel Embassy, berdekatan juga dgn Hotel Selesa hotel penginapan kami itu.  Waahhh baru tunangan dah buat di Hotel, bila nikah mestilah tempat lagi grand ye dak....Tahniah untuk Wan Mohd Edrin Wan Mokhtar kerana dah selamat pun bertunang, semoga berjaya sampai ke jinjang pelamin..Amin!

 Anja Mummy dah tunang...

Inilah tunang Edrin, Noor Hafeezuaniza Ibrahim aka Apiss

Inilah para dayang-dayang pengangkat dulang hantaran

Selesai upacara peminangan, maka pulanglah kami ke hotel penginapan dan bersiap sedia untuk check out.  Singgah di rumah abang ipar sekejap baru kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Shah Alam.  Singgah di Melaka untuk menikmati ikan bakar Umbai kira-kira jam 9 malam.  Sesat sebenarnya tu, kalau tidak lama dah sampai.  Tapi tidak mengapa asal perut kenyang.

Sampai dirumah kira-kira jam 11.45 malam, baru lah terasa yang amat penat.

Jumpa lagi......




Wednesday, March 14, 2012

Majlis Sambut Menantu di Kota Bharu - 10Mac 2012

Majlis akad nikah dah selesai, majlis resepsi pun dah settled.  Kini tiba pula majlis sambut menantu Wan Emy yang telah berlangsung pada 10 Mac 2012 jam 8 malam bertempat di Hotel Rennaisance Kota Bharu, Kelantan.

Majlis gilang gemilang itu dihadiri oleh kira-kira 500 orang tetamu.  Rombongan daripada kami hanyalah lebih kurang 45 orang, terdiri daripada keluarga Kedah dan Kelantan.




Rombongan pengantin in a red/maroon theme

Seperti biasa anak-anak dara kami berposing




Majlis berakhir kira-kira jam 10.30 malam dengan suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan.  Keesokan paginya kami diraikan oleh Ketua Polis Kelantan menjamu selera di Kopitiam di Kota Bharu.  Baru aku tahu di Kelantan rupanya banyak Kopitiam.  Di Kopitiam ini kami makan nasi berlauk dan juga aneka jenis kueh mueh.  Aku ni nama je orang Kelantan tapi semua tempat tak tahu sangat......jangan marahhhhaaaa orang Kelantan......

Jam 6 petang aku ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra untuk berangkat pulang ke Shah Alam dengan penerbangan jam 7.15 malam tetapi delay sehingga ke 7.45 malam baru berlepas.  Aku dan anakku sampai di LCCT kira-kira jam 8.30 malam.

Minggu depan nak ke Johor Bharu pulak, nak merisik anak dara untuk anak buah kami, Edrin.







Monday, March 5, 2012

4Mac 2012 - Ulangtahun Kelahiranku

Assalamualaikum....

Semalam tanggal 4 March 2012, genaplah umurku 53.  Tapi kalau orang tanya aku jawab umurku baru 35 tahun...ahaks!  Tahun lepas umurku 25 tahun, tahun ni dah jadi 35 tahun hasil daripada keterbalikan nombor tersebut......

Tiada yang special sangat pun pada hari jadi ku kali ini.  Suamiku bawa kami sekeluarga makan kat Nasi Arab Zam-Zam Allakazam di Oasis, Seksyen 9, Shah Alam pada malamnya.  Semua keluarga termasuk anak menantuku berkumpul makan-makan. Terima kasih encik suami. Satu lagi hadiah adalah daripada anak sulungku dan suaminya iaitu Clutch Bag hitam sesuai untuk dinner, terima kasih anakanda Inaz dan Ihsan.

Di hari ulangtahun kelahiran ku ini, aku cuma berharap dua perkara.  Harapan ku itu hanya ku pohon pada Yang Maha Esa, iaitu mohon dipanjangkan umurku dan juga mohon supaya diberi kesihatan yang baik untuk ku menjalani ibadat dengan sempurna.  Semoga permohonan ku ini mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah swt...Amin Ya Rabbal A'lamin! 

Ya Allah, ku mohon ampunkanlah dosa-dosaku, ampunkanlah dosa kedua ibu-bapaku, ampunkanlah dosa kawan-kawanku dan ampunkanlah dosa anak-anakku.  Semoga kami semua mendapat hidayah daripada Mu Ya Allah!

Tuesday, February 7, 2012

Wedding of the Year - 2 & 3 February 2012

Rasa nak hupdate blog je hari ni walaupun penat masih belum hilang.  Selama 3 bulan kami adik beradik, sanak saudara dan rakan taulan bertungkus lumus membantu mana yang patut untuk menjayakan wedding of the year anak sedara ku, Wan Emy Masliza yang akan dijodohkan dengan anak teruna daripada kampung halamanku, Nik Marhalim.

Maka hari yang ditunggu-tunggu telahpun tiba, pernikahan mereka berdua telah berlangsung pada hari Khamis 2 Februari 2012, bertempat di Yayasan Restu, Pusat Kesenian Islam di Shah Alam.

Senyuman tak lekang dari kedua mempelai

Hari Jumaat, 3 Februari 2012 jam 8 malam berlangsungnya majlis resepsi di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur.  Majlis gilang gemilang itu dihadiri oleh lebih kurang 1,000 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga, sahabat handai dan juga ahli korporat kenalan ibu bapa pengantin.

Selamat Pengantin Baru Emy dan Nik, semoga bahagia selamanya

Pengapit dan dayang-dayang

Anak-anak dan anak saudara ku

Ahli keluarga kami

Semoga perjodohan mereka dilimpahi kebahagian sepanjang hayat dan dikurniakan dengan anak-anak yang soleh dan solehah....Amin!

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012


Tiktok tiktok tiktok.....begitu cepat masa berlalu, dah pun masuk tahun 2012.  Makanya tahun ini makin bertambahlah usia ku......Tidak kisahlah usia bertambah asalkan sihat tubuh badan untuk beribadat kepada Yang Maha Esa...

Ku pohon pada mu ya Allah, agar diberkati dengan kesihatan yang baik supaya aku dapat menjalankan tanggungjawabku kepadaMu dengan sempurna yang mungkin....Amin!