My Beautiful Followers

Thursday, July 8, 2010

Appendectomy - 5July2010

Hari Ahad 4 Julai 2010, perut rasa macam tak sedap dan sakit2 di bahagian ari2, tapi masih bertahan lagi, pergi ke midvalley menemani Inaz survey baju pengantin, kad kahwin dan sebagainya la...Lepas tu hantar Izzat ke UiTM Shah Alam. Malamnya sambil layan Mentor 4 perut semakin sakit, sekejap2 masuk bilik air tetapi tidak pulak keluar apa yang harus keluar tu....Nak tidur pun macam susah tapi layan jugakla sampai pagi.........

Esoknya 5 Julai 2010 pergi kerja seperti biasa, perut masih sakit malah lebih sakit daripada semalam.  Kata my niece itu angin, maka dia bagi vicks sapu kat perut tapi masih sakit jugak, asyik berulang ke bilik air dan perut di bahagian ari2 tu sakit sangat2...........Lunch makan nasi dan minum air teh halia nak bagi kurangkan angin kononnya tapi masih tidak berkurangan sakitnya.......teramat sakit!

Petangnya lebih kurang jam 4.45 ptg balik rumah terkedek2 sambil menahan sakit perut.  Kebetulan kandaku sudah ada dirumah, terus mengadu sakit perut.  Terus dia ajak pergi DEMC untuk check-up. Jumpa doktor, terus dia kata hrmmm, ini appendec. Terlopong mulutku sebab tidak terpikir langsung ke penyakit tu..... Doktor sarankan kena buat operation hari tu jugak, tunggu doktor pakar confirmkan, kiranya merasmikan hospital yg baru pindah la ni.....

Malamnya doktor pakar iaitu Dr Lokman datang dan buat pemeriksaan dan memang confirm itu adalah appendec. Jam 9.30 malam aku di bawa masuk ke OT Room. Lebih kurang jam 12.30 pagi pembedahan tamat, lama tu..... Rupa2nya semasa doktor melakukan laparoscopy, ada ternampak semacam perdarahan di dalam rahimku. Sementara proses membuang appendec, seorang lagi doktor pakar iaitu Dr Fairuz dipanggil untuk melakukan sesuatu ke atas pendarahan yang berlaku. Kemungkinan2 yang ada adalah pregnant diluar rahim ataupun virus, maka doktor telah membuat keputusan untuk membuat overhaul secara keseluruhannya (DnC la tuh)...

Dua hari di DEMC, memang merimaskan tetapi apa nak buat dah sakit......Rabu 7 Julai 2010 jam 5 petang saya dibenarkan pulang ke rumah.....doktor bagi 2 minggu MC.