My Beautiful Followers

Friday, August 5, 2016

Beraya di Kampung Mana?

Alhamdulillah....selesai kewajipan berpuasa selama sebulan, kini tibalah masa yang dinanti oleh seluruh umat Islam meraikan kemenangan dari godaan syaitan, semoga kita semua diRahmati Allah swt dan semoga kita ditemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun2 yang akan datang, Insyaa Allah... Aamiin Ya Robbal A'laamiin...

Aidil Fitri dirayakan pada hari Rabu 6 Julai 2016 Masihi bersamaan 1 Syawal 1437 Hijrah.  Tidak banyak perubahan di hari raya kali ini kerana aku merayakannya di rumah kami di Shah Alam.  Di pagi raya setelah bersembahyang raya, menjamah hidangan dan menunggu sanak saudara yang datang dan menunggu anak menantu yang balik dari Johor Bahru dan anak menantu serta cucu dari Shah Alam.

Pagi raya pertama kami ber4 je......

Pada hari raya kedua 7 Julai 2016, setelah semua anak2 dan menantu beserta cucu2 berkumpul, kami memulakan langkah perjalanan kami berhariraya di rumah emak saudara di Kuala Kubu Baru. Sebelum ke KKB abang ipar sekeluarga tiba ke rumah kami dari Johor Bahru untuk berhari raya, Setelah mereka pulang kami sekeluarga memulakan langkah perjalanan kami ke KKB.  Berhari raya dengan hidangan yang sememangnya sedap, laksa kelantan, laksa penang, rendang limpa dan paru dan macam2 lagi lah masakan yang memang sedap hingga menjilat jari. 













Pulang dari KKB kami singgah di Kampung Melayu Subang rumah kakak ipar, menjamu selera pulak dengan soto yang sangat sedap.  Agak malam jugak kami pulang ke rumah dengan kekenyangan. Terima kasih Allah kerana memberikan kami kaum keluarga yang amat menyayangi kami.  Semoga silatulrahim kami berkekalan hingga ke Jannah.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin!