My Beautiful Followers

Monday, June 21, 2010

Happy Fathers Day - 20June2010

Selamat Hari Bapa ditujukan khas kepada bapa kepada anak-anak ku - Wan Kamil.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana telah menjadi bapa kepada anak-anak kita - Wan Syafinaz, Wan Ahmad Fariz, Wan Azureen dan Wan Ahmad Izzat yang lahir berselang 2 tahun antara satu sama lain....... Sesungguhnya kami merasa amat bertuah dan sangat bahagia mengharungi suka duka, susah senang dan gembira ria hidup bersama.  Tiada kata-kata yang dapat kami luahkan untuk mu wahai Suami dan Ayah..............


Cake Cutting by Hubby and his brother, Zaini

Yummy!

Nasi Tomato Zai dan Zaini, memang marvelous!

Menjamu Selera.....................

Tidak lupa juga ucapan Selamat Hari Bapa ditujukan kepada semua bapa-bapa dan bakal bapa walau di mana saja mereka berada semoga khidmat kaum bapa akan sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang selamanya..........

Tuesday, June 15, 2010

Jalan2 Cari Makan Di Kuala Perlis - 12June2010

Sempena kepulangan kami ke Aloq Staq (yg sudah agak lama tidak pulang) dan juga sebagai tanda kesyukuran untuk Ashwad (yang telah selamat drpd tahanan Israel), pada sebelah malamnya kami pergi makan2 di Kuala Perlis. Suggested main menu was ikan bakar recommended by our bro-in-law, Wan Morzani......Dia memang pakar dalam hal makanan yg sedap2 je....the day before mereka sekeluarga sudahpun menjamu selera di tempat yang sama.......

Sebelum makan ambik mood dulu, posing la apa lagi.....

Me and Pujah

Me and Ashwad

Tak sampai 15 minit menanti hidangan sampai, hujan gerimis turun.....Kami berpindah tempat yg agak ramai orang tetapi masih selesa untuk makan sambil bergelak ketawa..........ahaks!

Ikan Bakar dan Sambal Belacan, yummy!
Udang

Kanda Za yg banyak bercerita nih..................

Sesudah makan semuanya kekenyangan dan keletihan, hujan pun sudah reda, kami kaum ibu bersidai sambil bersembang manakala anak2 mencari tempat yang agak strategik untuk posing2 sambil mengimbau kembali zaman kanak2 mereka......................so sweet!

Aween, Inaz and Ashwad - Posing time.............

Ashwad and Aween - Posing lagi......

Ashwad nampak tentera Israel ke?

Di Penghujung malam, Zaini bukak citer hantu........

Semua mendengar...........meremang bulu roma!

Kira-kira jam 11.30 malam, angin sepoi2 bahasa melabuhkan tirai malam, maka kami pun bersurai dan balik dengan seribu kenangan yang indah...............Pada hari esoknya kami berangkat pulang ke Shah Alam.

Kepada Kanda Papa dan Kanda Za terima kasih daun keladi, lain kali boleh belanja lagi. Semoga kanda berdua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah swt........Amin!

ZaPapa New Home at Kulim - 12June2010

Setelah berihat dan menunaikan solat di sebelah petangnya kami menuju ke Kulim meninjau perkembangan rumah baru ZaPapa yang sedang dalam pembinaan. Kira2 50% sudah hampir siap.  Mengikut perancangan asalnya rumah tersebut akan siap sepenuhnya menjelang bulan Puasa nanti.

Tangga menuju ke tingkat atas

Ruang Tamu

Tuanpunya Banglo - Ada nampak macam Ceti loo...

Rumah Kecil tiada tiang.....

Selesai meninjau keadaan rumah baru kami menuju pula ke Kulim Hi-Tech Golf Club tempat di mana kawan lama suami bekerja di situ, Anuar Abdullah.  Kami diberi layanan first class.....gitu! Terima kasih Anuar, nanti kami datang lagi......

Riang Ria Kanak2 lagaknya @ Kulim Hi-Tech Golf Club

Monday, June 14, 2010

Kenduri Kawin Anak Zikri - 12 June 2010

Setelah sekian lama tidak pulang ke kampung halaman suami di Alor Setar maka pada hari Jumaat, 11 June 2010 kami sekeluarga (anak teruna tidak ikut) balik ke Alor Setar untuk menghadiri majlis kenduri kawin sepupu suami di Taman Uda, Alor Setar, Kedah yang diadakan pada hari Sabtu 12 June 2010. Majlis yang sungguh meriah, walaupun tidak semuanya ku kenali........

Pengantin - Bagai Pinang di belah dua.....

Posing di bilik pengantin......

Menjamu Selera

Zai and Me

Selesai menjamu selera kami berangkat pulang dengan senang hati sebab perut sudah kenyang............