Sempena kepulangan kami ke Aloq Staq (yg sudah agak lama tidak pulang) dan juga sebagai tanda kesyukuran untuk Ashwad (yang telah selamat drpd tahanan Israel), pada sebelah malamnya kami pergi makan2 di Kuala Perlis. Suggested main menu was ikan bakar recommended by our bro-in-law, Wan Morzani......Dia memang pakar dalam hal makanan yg sedap2 je....the day before mereka sekeluarga sudahpun menjamu selera di tempat yang sama.......
Sebelum makan ambik mood dulu, posing la apa lagi.....
Me and Pujah
Me and Ashwad
Tak sampai 15 minit menanti hidangan sampai, hujan gerimis turun.....Kami berpindah tempat yg agak ramai orang tetapi masih selesa untuk makan sambil bergelak ketawa..........ahaks!
Ikan Bakar dan Sambal Belacan, yummy!
Udang
Kanda Za yg banyak bercerita nih..................
Sesudah makan semuanya kekenyangan dan keletihan, hujan pun sudah reda, kami kaum ibu bersidai sambil bersembang manakala anak2 mencari tempat yang agak strategik untuk posing2 sambil mengimbau kembali zaman kanak2 mereka......................so sweet!
Aween, Inaz and Ashwad - Posing time.............
Ashwad and Aween - Posing lagi......
Ashwad nampak tentera Israel ke?
Di Penghujung malam, Zaini bukak citer hantu........
Semua mendengar...........meremang bulu roma!
Kira-kira jam 11.30 malam, angin sepoi2 bahasa melabuhkan tirai malam, maka kami pun bersurai dan balik dengan seribu kenangan yang indah...............Pada hari esoknya kami berangkat pulang ke Shah Alam.
Kepada Kanda Papa dan Kanda Za terima kasih daun keladi, lain kali boleh belanja lagi. Semoga kanda berdua dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat keberkatan daripada Allah swt........Amin!
No comments:
Post a Comment