My Beautiful Followers

Friday, September 30, 2011

Buka Puasa Dengan Kawan2 - 24Ogos2011

Titien balik seminggu sebelum raya, janji nak buka puasa dengan kawan2 di sini, macamana pun jugak aku harus pergi.  Mula-mula tu macam tak boleh pergi tapi pada pagi hari yang dijanjikan Titien sekali lagi call tanya boleh datang ke tidak..Suami tidak begitu mengizinkan sebab aku pun bukannya sihat betul pun, nak kena naik Komuter dan tukar train kat KL Sentral, malam pulak tuh...

Tetapi oleh kerana aku begitu kuat untuk jumpa kawan2 sementelah nak buka puasa dengan Titien yang balik bercuti ke Malaysia.  Akhirnya suamiku mengizinkan aku untuk berbuka puasa bersama kawan2, maka pada petang hari Rabu 24 Ogos aku menumpang budak praktikal di pejabat ku, yang juga akan berbuka puasa reunion di University Kuala Lumpur tempat dia belajar dulu.  Tempat tu pun tak jauh dari KLCC.

Sampai jam 7 petang ke KLCC.  Terus ke Chakkri Palace tempat perjanjian jumpaan.  Aku rasa kepanatan yang amat sangat ketika itu, terus masuk ke Restoran menunggu yang lain2 tiba.

With Dicno - banyak tu dalam pingganku...habis tau!

Aku memang makan yang amat banyak masa buka puasa tu, memang berselera sungguh. 

Selepas makan2 dan bersembahyang magrib dan Isyak, kami terus dibawa Titien ke biliknya di Mandarin Oriental Hotel.

Borak-borak sampai jauh malam...Aku harus pulang ke Shah Alam malam tu jugak walaupun terasa tidak mau pulang malam tu.  

 Bermanja dengan Titien....

 Sambung borak-borak kat bilik sambil makan kueh raya...

Tak habis sembang hingga lewat malam...posing dan posing

Jam telah menunjukkan hampir jam 10.30 malam.  Zah tolong hantar ke KL Sentral.  Nasib aku memang baik sebab sesampai je ke KL Sentral aku diberitahu komuter terakhir akan bertolak kira2 jam 11.15 malam, kalau tidak aku bermalam kat stesen keretapi la jawabnya...hehehehe

No comments:

Post a Comment