My Beautiful Followers

Friday, August 16, 2013

Satu Hari Di Hari Raya - 8August2013

Setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, kini tibalah hari kemenangan yang di nanti oleh seluruh umat Islam di mana saja mereka berada.

Aidilfitri tahun ini kami sambut di rumah kami di Shah Alam saja, tak pulang kampung samada Kota Bharu atau pun Kulim seperti kebiasaannya pada tahun-tahun yang lepas.  Sementelah anak dan menantu serta cucu kami pun beraya di Shah Alam.


Meriah jugaklah, selepas solat raya, makan2 dan amik gambar sikit2 di rumah, rumah pertama yang kami tuju adalah rumah besan kami, kerana nak jumpa cucunda.  Siap berbaju melayu lagi cucu kami itu. 



Rumah kedua rumah kakak iparku, Nurmilah Mursib di Kampung Melayu Subang.


Rumah ke 3 adalah rumah abang ipar, Datuk Wan Mokhtar di Seksyen 9, Shah Alam.


Menjelang senja kira-kira jam 7 petang kami berangkat ke Kulim untuk beraya di rumah abang ipar Wan Muzaffa yang tinggal di Kulim Golf & Country Resort.  Di perjalanan ke Kulim kami singgah di rumah emak saudara di Kuala Kubu Baru.



No comments:

Post a Comment