My Beautiful Followers

Tuesday, July 29, 2014

Aidil Fitri di perantauan - 28July 2014

28 Julai 2014 adalah hari kemenangan untuk seluruh umat Islam serata dunia setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.  1 Syawal yang dinanti-nanti, inilah harinya kita semua berhari raya.

Kami tak balik kampung, samada Kedah maupun Kelantan, sebab Ummi Ammar tengah sarat, tak larat katanya, cucu ke 2 kami bakal lahir Oktober nanti.  Maka kami sambut raya di perantauan lah kiranya iaitu di Shah Alam tempat pemastautin kami.








Rumah pertama kami kunjungi adalah rumah anak menakan suami di Prima Condominium di Hartamas. Riuh rendah jumpa sedara mara yang tak putus-putus sampai.



Lepas itu kami ke Kuala Kubu Baru, berhari raya di rumah aunty yang dah lama kami tak kunjungi. Kebetulan kesemua anak-anaknya ada beraya di sana kecuali sorang yang tengah dalam pantang di Kedah.


Balik dari Kuala Kubu Baru kami singgah di rumah kakak ipar di Kampung Melayu Subang.  Setelah itu kami singgah juga di rumah abang ipar di Seksyen 9 Shah Alam sebagai rumah terakhir kami berhari raya pada hari raya pertama ini.

Raya ke 2 kami di rumah saja, kebetulan hujan yang amat lebat yang tidak memungkinkan kami keluar ke mana-mana pun.

Sekian, cerita hari raya kami untuk kali ini......babai

No comments:

Post a Comment