My Beautiful Followers

Tuesday, May 17, 2011

Family Gathering @SwissVilla, Lumut DamaiLaut - 14 hingga 17Mei2011

Sempena cuti Wesak pada 17hb May, encik suami telah buat reservation untuk ke Lumut Damai Laut.  Kami bertolak dari Shah Alam pada hari Sabtu 14 Mei 2011.

Kali ini kami tinggal di SwissVilla iaitu sebuah banglo 2 bilik yang sangat spacious.  Villa kami bernombor 10A.

Tiada apa2 aktiviti di hari pertama sebab kami sampai pun dah agak petang, cuma berlegar2 di kawasan sekitar sahaja.  Esok paginya sesudah subuh aku dan encik suami berjogging yang sudah agak lama tidak ku lakukan.  Penat yang amat rasanya.  Selepas berjogging suami dan anak bongsu pergi ke Tesco Manjung membeli ikan untuk dibakar.  Bahan2 lain sudah ku bawa dari rumah.  Lunch dengan ikan bakar air asam, sambal tumis ikan bilis dan perut lembu yang sudah direbus.  Sangat menyelerakan sesekali berada di kejauhan dari rumah yang serba serbinya senang dibeli sahaja.

Lounge & Kitchen yang sangat selesa

Pada waktu petangnya pula, kami ke Pantai Remis untuk mengutip remis.  Seronok tengok anak2 dan suami berlumba2 mencari remis.  

Anak sulungku dan suaminya tiba sebelah malamnya kerana celebrate birthday ibu mertuanya dahulu.  Mereka tiba agak lewat juga kira2 jam 11 malam.

Keesokan paginya 16 Mei 2011, kami ke Jeti Pangkor.  Bukan untuk ke Pulau Pangkor tapi cuma untuk lunch dan jalan-jalan je, sebabnya seorang lagi anak kami, Fariz akan tiba pada bila2 masa je tengahari tu,  ada job (photographer utk wedding) pada hari sebelum tu, itulah sebabnya datang lambat.

Sebelah petangnya selepas Asar kami sekeluarga ke Pantai Remis sekali lagi untuk mencari remis.  Manakala aku ke Samsara Spa untuk masaj.

Malamnya kami buat BBQ anak beranak, sesekali berkumpul cukup seronok, tersentuh hatiku melihat keletah anak2 dan menantuku yang semuanya sudah besar dan saling tolong menolong semasa memasak untuk makan malam.

Selepas BBQ masing-masing melayan diri - santai...

Sesungguhnya inilah kenangan paling manis dalam hidupku!

Family Posing Yo...

Posing lagi...



Gaya bebas....

My 2 lovely sons and 2 gorgeous doters and not to forget my cheerful son-in-law

17May kira2 jam 11 pagi kami check out from Villa 10A pulang menuju ke Shah Alam.

No comments:

Post a Comment