My Beautiful Followers

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day - 8May2011

Happy Mother's Day kepada semua ibu, mama, mummy, emak, ummi, bonda dan apa sahaja panggilan untuk mereka yang telah diiktiraf oleh masyarakat seluruh dunia.




Hari ini adalah hari yang ditujukan khas kepada mereka2 yang bergelar ibu yang sudah semestinya banyak berjasa kepada kita dari sebesar zarah kita di dalam perut ibu sehinggalah kita dilahirkan dan membesar sehingga ke hari ini, mereka tanpa jemu menjaga kita daripada segala kesakitan dan sebarang kesusahan.

"Ibu kau ibaratkan permata.  Jasamu tidak cukup walaupun diberi segunung permata"



Bersama-samalah kita meraikan Hari Ibu dengan menghormati dan menghargai pengorbanan ibu yang menjadi tunggak kekuatan keluarga.  Kepada semua ibu, terimalah ucapan jutaan terima kasih dari kami atas belaian kasih sayang, perhatian dan bimbingan yang telah ibu curahkan selama ini.  Sesungguhnya, Ibu adalah insan yang paling istimewa bagi kami yang bergelar anak.

Kepada ibuku Allahyarmah Nik Salmah Nik Mat, Ibu mertua ku Che' Char Zainal Abidin dan Ibu tiriku Wan Som, semoga rohmu dicucuri rahmat dan diletakkan bersama roh orang-orang yang beriman.  Semoga rohmu aman di sana dalam peliharaan Allah swt.  Amin Ya Rabbal 'Alamin!


No comments:

Post a Comment