My Beautiful Followers

Monday, October 24, 2011

Aween Graduasi - 24Oktober2011

Hari ini adalah hari graduasi Wan Azureen (Aween).  Setelah hampir 2 tahun setengah Aween belajar di UiTM Lendu, Melaka maka inilah hasilnya, segulung Diploma, Jurusan Pengurusan Perniagaan.  Sidang Ke6 Konvokesyen kali ke75 sessi pagi bermula jam 9 pagi, hari Isnin 24 Oktober 2011.

Wajah seorang graduasi - Aween

Jam 7.30 pagi kami menapak ke Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC). Suamiku hanya menghantar kami kerana beliau ada tugas yang tidak dapat dibatalkan di Puncak Alam.  Janjinya nak datang selepas tugasnya habis kira-kira jam 12 tengahari.

Aween kongsi kegembiraan bersama ayah dan ibu

Aku dapat duduk dalam dewan yang terletak di bahagian bawah, tak payahlah nak panjat tangga naik ke stand yang atas tu. Agak selesa sikit la.

Kegembiraan terserlah di wajah masing-masing....

Berada di dalam dewan agak merimaskan sebab penerima Ijazah dan Diploma yang terlalu ramai, kematu rasa punggung.  Acara tamat kira-kira jam 11.45 pagi.

Bersama rakan-rakan semasa belajar di UiTM Lendu, Melaka

Sekarang Aween menyambung pelajarannya dalam bidang Pengurusan Perniagaan major in Finance di peringkat Ijazah di UiTM Shah Alam.  InsyaAllah lagi 2 tahun Aween konvo lagi....Semoga berjaya!

3 comments:

  1. assalamualaikum ..nak panggil ape yer ? heee..

    selamat berkenalan..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam... bleh panggil ape2 je, kak ani or kakwan...

    Selamat kenalan jgk..

    ReplyDelete
  3. tahniah akak dan anak..saya konvo sidang terakhir..hari isnin kak..i followwwwwww...

    ReplyDelete