My Beautiful Followers

Tuesday, November 8, 2011

AidilAdha di Johor Bahru - 6 November 2011

AidilAdha tahun ini jatuh pada hari Ahad 6 November 2011 maka secara otomatisnya hari Isnin adalah cuti gantian bagi yang bekerja dan kebetulan juga cuti semester break bagi anak-anak kami yang diUniversiti, maka kami beraya di rumah abang kepada suamiku iaitu Wan Musa. Kebetulan jugak hari perkahwinan anaknya Yee akan berlangsung pada pertengahan bulan Disember, maka kami boleh la tolong apa-apa yang patut, kut la......

Bertolak ke JB pada hari Sabtu 5 November kira-kira jam 11.00 pagi dan sampai kira-kira jam 3.00 petang. Jalan dari hiway Seremban/Nilai jem giler.  Kami menginap di Hotel Naza Talyya kepunyaan salah seorang anak Allahyarham Tan Sri Nasimuddin.

Sampai je di JB kami terus ke Taman Iskandar rumah Abang Sha & Kak Pah. Tolong Kak Pah masak selepas magrib sampai la tengah malam baru balik ke hotel.

Pagi raya 6 November, kami datang umah Kak Pah untuk makan-makan, nasi impit rendang ayam dan rendang daging. Tengaharinya pula Kak Pah masak nasi minyak dengan dalca, huh memang kelas la Kak Pah. Petangnya kami jalan-jalan pusing bandar Johor Bahru, ke Nusajaya dan kawasan sekitarnya.

Balik rumah dah nak magrib, hidangan lontong menanti kami, panaskan kuahnya dan makan lagi.........

Malam tu kami balik hotel agak awal sebab esoknya Azureen akan ke USS dengan kawan-kawannya.  Cucu Kak Pah, Badlishah (Icha) pun ikut kami ke hotel.  Paginya Icha mandi kolam kat hotel dari jam 9.00 pagi sampaila jam 10.40 pagi.   Begitu seronoknya dia, bleh lihat aksi-aksinya di kolam renang Hotel Naza....

 Diving la konon tu Icha....

  Icha yang kepenatan.......

 Londeh baju dah........

Ajak pulang tapi masih nak mandi lagi....

Isnin 7 Nov jam 11.30 pagi kami check-out hotel terus ke Taman Iskandar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Kak Pah dan Abang Sha.  Lepas lunch dan solat kira-kira jam 2.30 petang kami berangkat pulang. Jem lagi dari hiway Senawang/Seremban, sampai rumah jam 7.30 malam.



No comments:

Post a Comment