My Beautiful Followers

Sunday, November 20, 2011

20112011 - Cantik kan...

Assaalamualaikum....

20.11.2011....memang cantik kan....tarikh cantik ni mesti ramai yang buat kenduri kahwin.  Memang ada 2 orang kawan ku yang buat kenduri  pada tarikh ini, sorang tu officemate masa kat HICOM dulu iaitu Kak Norisah, majlis kenduri jam 12 noon till 4pm dan sorang lagi tu senior masa kat ITM JO dulu, Datin Kamaria Kadir, majlisnya pulak jam 7.30 malam.  Nasib baik time lain-lain, boleh la attend dua-dua majlis.


Tarikh 20.11.2011 yang cantik ni sebenarnya adalah tarikh lahir anak dara ku yang cantik itew... Sapa lagi kalau bukan Wan Azureen @Aween.
Inilah kek kunci kebebasan Aween...
Dah genap 21 tahun rupanya Aween hari ni....dah cukup umurlah tu...maknanya dah boleh pegang kunci, bukan kunci kete atau kunci rumah ye... dan bukan juga sebarang kunci tau, tapi kunci kebebasan. Anak ku ni tak kisah pun tentang kunci kebebasan tu. Bukan perangai dia pun nak bebas-bebas ni...sekarang dia dah ada boperen kut....Tapi sekarang ni yang penting habiskan degree dulu, lepas dah dapat degree barula bleh pikir nak cintan cintun tu...ye!
Happy Birthday To U.....
Besday kek dah ditempah seminggu yang sudah dari sepupunya Ina.  Nak buat surprise katanya.   Memang surprise pun la, sebab kebetulan 19hb November selepas magrib kami sekeluarga meeting di Glenmarie Golf & Country Club, untuk persiapan wedding Emy so lepas meeting kami berkaraoke pulak sampai jam 12 pagi.  So tepat kami jam 12 pagi karaoke lagu 'Happy Birthday' sambil kek dibawak keluar.........Surprise!

Make a wish baby....
Ibu doakan agar anak ibu sentiasa di dalam peliharaan Allah swt, walau di mana sekalipun anakanda berada....Amin!

No comments:

Post a Comment