My Beautiful Followers

Monday, January 7, 2013

2013 - Semua Anak-Anak Exam

Huhuhu....dan masuk 2013, bermula 5 hingga akhir January 2013 semua anak-anak ku dah kena bertarung dengan exam di UiTM.  

Anak ku yang bongsu, Izzat start exam hari Sabtu 5 January.  Pagi tu dia bangun lewat, exam start jam 9 pagi tapi dia terjaga jam 8.30 pagi, terus pegi exam dengan tak gosok gigi, mandi apatah lagi, katanya nak cepat.  Itu lah lain kali update la ibu, boleh gerak pagi-pagi.  Selalunya bila gerak pagi sangat dia kata nanti dulu.  Kalau ibu tau ada exam pasti ibu gerak awal lagi...kesian anak ku, semoga exam dapat cemerlang.

Anak no 2 pulak, Fariz start exam hari Ahad 6 January.  Dia ok je la bangun seawal jam 7.30 pagi kerana dah ingatkan dia takut jadi mcm adiknya, semoga Fariz grad la tahun ni...

Anak no 3, Aween start exam hari ni 7 January.  Yang ini preparation memang tip top la, habis exam nanti dia akan start latihan industri di mana-mana syarikat yang menerima pelajar internship kelak. 

Anak sulung, Inaz tengah tunggu hari nak bersalin, in sya Allah awal february ni kami dapat title la atuk atin, hehe......

Yang hadapi exam, semoga semuanya cemerlang dan mendapat result yang bagus untuk meneruskan pengajian dan menghadapi alam pekerjaan.  Yang akan melahirkan pula semoga mendapat baby yang sihat dan kelak menjadi anak yang soleh atau solehah...

Amin Ya Robbal Alamin!

No comments:

Post a Comment