My Beautiful Followers

Sunday, January 20, 2013

Ex-HICOM Reunion- 19January 2013

Pada mulanya Puan Rokiah antara yang paling senior masa bekerja di HICOM dulu menalipon untuk mengadakan reunion ex-hicom antik katanya.  Mesyuarat demi mesyuarat kami bersepakat mengadakan reunion ini pada mulanya pada hari sabtu, 12 Januari 2013 tetapi memandangkan ada pengumuman mengatakan akan ada perhimpunan besar-besaran pada hari tersebut maka kami tunda reunion kepada hari sabtu minggu berikutnya iaitu19 Januari 2013.

Maka pada hari sabtu, 19 Januari 2013 bermula dari jam 2 hingga 5 petang geng antik berjumpaan di Coffee House De Palma Shah Alam.  Seronok tidak terkata dapat dibayangkan daripada teriakan dan jeritan semasa setiap kali kawan-kawan masuk ke coffee house...huh gamat abis!



Sebetulnya kakitangan HICOM ni ada tiga jenerasi, yang mula-mula sekali diterajui oleh AllahyarhamTan Sri Jamil Jan (Tan Sri JJ), selepas itu diambil alih oleh Tan Sri Salleh Sulong dan sekarang ini sudah diambil alih oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari.

Reunion yang diadakan ini adalah untuk semua kakitangan yang pernah bekerja semasa Allahyarham Tan Sri JJ menjadi Pengerusi HICOM.




No comments:

Post a Comment