My Beautiful Followers

Sunday, December 26, 2010

Majlis Bertandang/Sambut Menantu - 25Dec2010

Hari ini tibalah masa kami menghantar pengantin ke rumah mertua dalam majlis yang diadakan pada hari Sabtu 25 Disember 2010. Majlis Sambut Menantu atau disebut juga Majlis Bertandang selamat berlangsung di Dewan Jublee Perak, Bangunan Sultan Abd Aziz Shah Alam.


Selepas daripada ini mereka akan mula menjalani hidup berdua di alam rumahtangga pula, semoga aman bahagia selamanya....Jangan lupakan kami sudah...


Kami sebagai ibubapa akan selalu mendoakan semoga mereka berdua dapat melakukannya dengan penuh tanggungjawab dan sabar dalam melayari bahtera rumahtangga yang kadang2 dipenuhi onak duri dan pancaroba di tengah pelayaran.  Waaah.....bermadah gitu...

Aween, Ayah, Ibu, Izzat dan Fariz

Rombongan KWK 

Memandangkan majlis sambut menantu ini diadakan seminggu selepas majlis resepsi, maka keluarga dari Kelantan tidak dapat mengikuti rombongan menghantar ini. Rombongan kami terdiri daripada ibu bapa saudara dan sepupu kepada pengantin seramai 38 orang yang tinggal di sekitar Lembah Kelang sahaja.  Itupun tidak keluarga yang dapat ikut serta kerana pada saat akhir masing2 ada komitmen lain.  Terima kasih kepada rombongan cik kiah...

Bersama Besan, Puan Khadijah

Kepada anakanda Muhammad Ihsan selamat datang ke dalam keluarga kami dan kepada anakanda Wan Syafinaz selamat menjadi menantu yang taat kepada kedua ibu bapa mertua dan suami dengan penuh keredhaan......Kami doakan semoga bahagia hingga ke akhir hayat!



No comments:

Post a Comment