Ahad - 19 December 2010 hari persandingan anakku bertempat di Kelab Shah Alam, Section 13 Shah Alam bermula dari jam 12 tengahari hingga 4 petang.
Alhamdulillah majlis yang agak sederhana berjalan seperti yang dirancang dengan pertolongan dan bantuan daripada adik beradik drpd Kedah dan Kelantan dan yang juga menetap di Shah Alam dan Kuala Lumpur. Tak lupa juga yang banyak membantu adalah Nash yang sememangnya kami anggap macam adik beradik kami juga....
HICOM's Reunion
Semoga anakanda berdua bahagia dalam melayari hidup berumahtangga!
Pengantin Baru
Family Photo
Di samping majlis kahwin yg julung2 kali diadakan, kawan2 ku juga merasakan majlis ini seperti reunion untuk kami geng2 HICOM, mana tidaknya kebanyakan yang datang masing2 sudah tidak berjumpa bertahun lamanya. Ex-Bos ku juga datang bersama isteri dan anaknya yang sekian lama tidak siapa pun tahu yang dia sebenarnya sudah beristeri tapi aku memang tahu, sendiri tahu sudahlah.....
Semoga anakanda berdua bahagia dalam melayari hidup berumahtangga!
Jangan Pisahkan by Papa Nash dan Aween
Majlis ini juga mengumpulkan adik beradik suamiku jauh dan dekat, sungguh terharu rasanya bila sesekali mereka dapat berkumpul sesama mereka yang sebelum ini agak susah untuk mereka semua ada sekaligus.
The Brothers (The KWK) - sesekali bertemu
Kepada semua hadirin kami ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi datang dan meraikan pengantin. Di akhiri dengan serangkap pantun:
Tiada kata secantik bahasa
Tiada gambar seindah lukisan
Jutaan terima kasih dari kami sekeluarga
Budi yang baik sentiasa di ingatan
No comments:
Post a Comment