My Beautiful Followers

Monday, December 20, 2010

Majlis Akad Nikah Anak ku - 17Dec2010

17 December 2010, akhirnya tiba juga harinya, hari untuk akad nikah anakku Wan Syafinaz bertempat di Yayasan Restu Shah Alam. 

Rombongan kami terdiri drpd semua ibu/bapa saudara pengantin, sepupu dan kawan2 terdekat pengantin sahaja. 

Rombongan keluarga pengantin perempuan

Dari pagi hari lagi semua kaum keluarga berkumpul di rumah kami untuk persediaan yakni gubahan hantaran digubah oleh Ina (Cousin pengantin), cantik semuanya. Makanan tengahari pula disediakan oleh Zaini dan Zai (Uncle and Aunty pengantin), memang marvelous!

Hantaran drpd pihak perempuan

Kami bertolak ke Yayasan Restu lebih kurang jam 3.00 petang untuk upacara akad nikah yang dijangka pada jam 3.30 petang.

Pembawa dulang 


Kaum Keluarga Pengantin sebelah Bapa

Ada juga rakan kenalan yang tidak dapat hadir pada hari Reception datang pada hari akad nikah, itulah dia Shamsul Ghau2 dan isterinya Rina dan anaknya Megat Umar.

Shamsul Ghau2 dan Rina datang meraikan

Upacara akad nikah berjalan tanpa sebarang masalah dan selesai kira2 jam 4.30 petang.

Cincin disarungkan sebagai tanda pembatalan air sembahyang


Selesai sudah ijab dan kabul, Alhamdulillah....

Majlis akad nikah tamat kira2 jam 5.00 petang dengan acara menjamu selera dan foto session di luar bangunan Yayasan Restu Shah Alam


No comments:

Post a Comment